Mayat Vokalis Samudera Ditemui Dalam Keadaan Menyayat Hati
Peminat muzik era 80-an telah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang vokalis kumpulan Samudera iaitu Ujang di kediamannya yang terletak di Felda Palong Timur, Segamat, Johor.
Menurut saudara angkatnya yang dikenali sebagai Mohd Ismail N. Isa, mayat itu telah ditemui oleh seorang rakan sekerja Ujang yang niat ingin melawat Allahyarham yang katanya sudah enam hari tidak hadir ke tempat kerja.
“Rakan sekerjanya bimbang tentang keadaan Ujang yang sudah enam hari tidak datang bekerja dan mengambil keputusan untuk melawatnya di rumah. Bagaimanapun rakannya terkejut apabila menemui arwah di dalam biliknya sebelum menelefon saya memaklumkan perkara itu.”
Apa yang difahamkan, mayat Allahyarham dikatakan sudah meninggal dunia sejak tiga hari yang lalu dengan keadaan seperti itu sebelum ditemukan.
Walau bagaimanapun, Ismail masih belum dapat mengesahkan tentang kebenarannya dan menunggu hasil bedah siasat dan apa yang pasti mayat Allahyarham ditemui dalam keadaan yang menyayat hati.
“Saya tak dapat pastikan sama ada benar atau tidak arwah meninggal tiga hari lalu seperti diperkatakan tetapi keadaan mayat yang ditemui seperti sudah beberapa hari meninggal dunia. Diharap tiada spekulasi yang tidak benar disebarkan di laman sosial dan sama-sama kita mendoakan yang baik-baik untuk Allahyarham.”
Kami di SURIAfm ingin mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan dalam golongan yang baik-baik. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.
Berikut adalah antara lagu yang pernah menaikkan nama kumpulan ini.