Ahad, 17 Disember 2017

WB79L kes selesai

Berjaya ditangkap.

WB79L BMW putih

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut ditikam dan digilis sebuah kereta selepas diserang di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, di sini, malam ini.

Dalam kejadian jam 7.30 malam, mangsa yang berusia lingkungan 30-an meninggal dunia di tempat kejadian.

Sebelum itu, mangsa bersama isterinya wanita warga asing berusia 20-an menaiki kereta jenis Volkswagen Polo berhenti di stesen minyak itu untuk mengisi angin tayar kereta.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata sejurus kemudian datang sekumpulan lelaki menaiki sebuah kereta BMW berwarna putih menghampiri kereta mangsa.

"Seorang daripada suspek dipercayai keluar dari kereta dan menarik isteri mangsa sebelum wanita terbabit berjaya menyelamatkan diri.

"Mangsa cuba mempertahankan isterinya kemudian bergelut dengan seorang daripada suspek sebelum suspek yang lain melanggar mangsa sebanyak dua kali," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Mohd Khalil berkata, suspek kemudiannya membaling mercun bagi menakutkan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu sebelum melarikan diri.

"Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan pada dada kiri disyaki ditikam serta kecederaan akibat dilanggar.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Mohd Khalil berkata, polis memohon orang ramai yang terlihat atau mengesan kedudukan suspek yang menaiki kereta BMW berwarna putih dengan nombor pendaftaran WB79L untuk tampil membantu siasatan. 

"Sesiapa mengenali atau dapat mengesan kenderaan ini diminta untuk menghubungi Balai Polis terdekat atau menghubungi Hotline Polis Johor di talian  07-2212999 dengan kadar segera," katanya.

Selasa, 19 September 2017

Terbongkar! Ini Dia Tokan Dadah Yang Jual Pada Budak Bakar Pusat Tahfiz.. Gerun Dengar Nama!

TOKAN DADAH DIKENALI NAMA “DEWALI KERAMAT” YANG JUAL DADAH PADA BUDAK BAKAR MAAHAD TAHFIZ AKHIRNYA TERSUNGKUR……

Suspek berusia 32 tahun ditahan dalam Op khas Narkotik Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik . Berikutan gerakan memburu Penama dikenali sebagai Dewali Keramat yang menjadi pengedar tegar di sekitar Keramat tanpa mengira umur pembeli.

Ketika serbuan, suspek sedang membaiki motosikal di belakang rumah. Hasil tangkapan tersebut siasatan lanjut dan pengesahan penglibatan dalam suspek bakar Darul Quran Ittifaqiyah di ibu Negara Khamis lepas, dijalankan.

Sebaik menyedari kehadiran polis, suspek melarikan diri tetapi berjaya ditangkap.

– Pemeriksaan menjumpai dadah disyaki pil kuda.

– Suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

– Ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati dia positif methamphetamine.

– Suspek mempunyai empat kesalahan rekod lampau.

Sumber FB Turn Back Crime Malaysia

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kebocoran maklumat berhubung siasatan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dalam masa terdekat ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya memandang serius mengenai kebocoran maklumat itu berikutan perkara terbabit kerap berlaku dan boleh menjejaskan siasatan.

“Saya akan mengarahkan Ketua Polis Kuala Lumpur (Datuk Amar Singh Ishar Singh) untuk menubuhkan pasukan khas hari ini atau esok bagi menyiasat penyebar maklumat berkenaan.

“Pasukan khas ini akan menyiasat sama ada penyebaran ini berikutan siasatan kes berkenaan membabitkan pelbagai agensi.

“Selain itu, kita juga akan melakukan siasatan dalaman diperingkat jabatan untuk mengambil tindakan terhadap pegawai dan anggota yang menyebarkan maklumat siasatan kes ini,” katanya pada sidang media selepas hadir ke majlis meraikan atlet PDRM yang mewakili Sukan Sea 2017, di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.

Jelasnya, siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan kerana mendedahkan maklumat dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Selain itu, kita akan mempercepatkan proses untuk melengkapkan kertas siasatan terhadap tujuh suspek yang ditahan berhubung kes kebakaran pusat tahfiz berkenaan untuk diserahkan kepada Peguam Negara,” katanya.

Kelmarin, Amar Singh terpaksa mempercepatkan sidang media berhubung penahanan tujuh suspek disyaki terbabit dalam kes kebakaran pusat tahfiz berikutan perincian maklumat mengenai perkara terbabit tersebar di media sosial.

Difahamkan sehingga kini seramai 13 individu sudah diambil keterangan berhubung penyebaran perincian maklumat dan gambar tujuh suspek yang disyaki terbabit dalam kes kebakaran pusat tahfiz berkenaan.

Sabtu, 16 September 2017

7 das tembakan di badan

AHLI Perniagaan parah selepas terkena tujuh das tembakan dipercayai dilepaskan lima suspek lelaki di Jalan Besar Kuala Medang-Sg Koyan, Lipis, kira-kira 10 malam tadi.

Dalam kejadian itu mangsa lelaki berusia 55 tahun dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Raub sebelum diserang kumpulan lima lelaki yang dipercayai melepaskan tembakan dari jarak dekat.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, ketika kejadian mangsa memandu kenderaan jenis Toyota Hilux secara berseorangan sebelum diserang kumpulan suspek yang menaiki kereta Proton Wira.

"Siasatan awal mendapati mangsa cedera di bahagian badan selepas terkena tujuh tembakan dilepaskan kumpulan suspek.

"Motif kejadian masih lagi disiasat. Kami (polis) akan merakamkan keterangan mangsa sebaik keadaan mengizinkan dan saksi kejadian serta mendapatkan beberapa petunjuk lain di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, bahagian forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang turut dipanggil bagi membantu siasatan termasuk mendapatkan kesan cap jari dan kelongsong peluru yang terdapat di lokasi kejadian.

Difahamkan mangsa dibawa ke Klinik di Sungai Koyan oleh orang ramai selepas kejadian dan kini dirawat di Hospital Kuala Lipis.

Azry berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Tujuh direman, teka-teki punca kebakaran pusat tahfiz bakal terjawab

KUALA LUMPUR, 25 Zulhijjah 1438H, Sabtu – Teka-teki di sebalik kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kampung Dato Keramat bakal terungkai dengan penahanan tujuh remaja hari ini.

Daripada tujuh yang ditahan, lima dipercayai penduduk kawasan berhampiran Kampung Dato Keramat yang berusia 16 hingga 18 tahun, manakala tiga lagi pelajar tahfiz berkenaan dipanggil bagi membantu siasatan.

Sumber memberitahu Berita Harian bahawa penahanan dibuat hasil pemeriksaan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak di Jalan Dato Keramat yang menunjukkan perbuatan suspek yang mencurigakan.

“Dalam rakaman itu terdapat kelibat dua lelaki menaiki motosikal Yamaha Lagenda membeli minyak petrol jam 1.30 pagi, beberapa jam sebelum kebakaran pusat tahfiz berkenaan.

“Mereka dipercayai menggunakan minyak petrol itu untuk membakar pusat tahfiz berkenaan,” katanya lapor Berita Harian.

Sumber itu berkata, suspek kemudian dipercayai menceroboh masuk pusat tahfiz, dengan membawa naik tong gas, tilam ke tingkat tiga.

“Mereka juga dipercayai mengunci pintu bilik asrama sebelum meletakkan tilam dan menghalakan muncung tong gas ke arah pintu bilik asrama pelajar dan guru sebelum membakar minyak petrol,” katanya.

Setakat ini, siasatan polis yang dikatakan menjurus kepada perbuatan khianat dan balas dendam sedang dijalankan bagi mendapatkan motif sebenar kejadian.

Pagi tadi beberapa pengakuan dibuat oleh suspek terbabit semasa mereka ditahan di lokap Balai Polis Jinjang.

Sementara itu, Harian Metro pula melaporkan bahawa sumber polis berkata, beberapa hari sebelum kejadian, pelajar tahfiz ada mengejek tujuh remaja yang menghisap dadah di kawasan Taman Tasek Datuk Keramat.

Katanya, susulan dari itu, tujuh remaja itu berdendam dengan pelajar tahfiz dan pada hari kejadian, beberapa daripada mereka melompat masuk ke dalam pusat tahfiz itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

“Ya, saya sahkan kesemua penangkapan berkenaan,” katanya ringkas.

Amar Singh berkata maklumat lanjut mengenai penahanan itu akan dibuat pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, dijadualkan pada 11 pagi esok.

Update kes bakar tahfiz.. 7 Suspek Bakar Pusat Tahfiz, Curi 2 Tong Gas & Beli Minyak Petrol Sebelum Bakar….

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dato Keramat, Kuala Lumpur yang menyebabkan 21 kematian pelajar dan 2 warden pada Khamis lalu menggemparkan semua rakyat Malaysia dan pada mulanya kebakaran tersebut didakwa berpunca daripada litar pintas yang berlaku dalam bilik tidur pelajar.

Namun, punca Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dato Keramat itu terbakar sudah mendapat jawapan sebenar apabila penangkapan 7 suspek telah ditahan dan 5 antara mengaku mereka terlibat dalam usaha membakar pusat tahfiz tersebut.

Dendam Selepas Selisih Faham Punca Membakar Pusat Tahfiz

Hanya kerana dendam selepas perselisihan faham beberapa hari sebelum kejadian antara 5 suspek (Shahrul, Aiman, Adli, Jupem dan Debab) dan pelajar sekolah tahfiz tersebut, suspek mendakwa diri mereka diejek dan nekad untuk membalas dendam.

Pada hari kejadian, suspek yang dikenali sebagai Shahrul dan Jupem pada mulanya telah berpakat untuk memasuki sekolah tahfiz berkenaan untuk mencuri handphone di dalam asrama pusat tahfiz itu.

Selepas itu pada jam 2.30 pagi, kesemua supek berkumpul di kedai minum Cek Mek Molek yang bersebelahan pejabat PPIM dan berbincang untuk membakar sekolah tahfiz tersebut bagi membalas dendam terhadap pelajar tahfiz yang mengejek mereka.

Selepas beredar dari kedai minum tersebut, lebih kurang jam 4.00 pagi, Shahrul dan Adli membeli minyak petrol di stesen minyak Petron Damai yang diisi menggunakan botol air mineral yang besar.

Saksi Ternampak Suspek Membawa Sebotol Minyak Petrol

Pada jam 4.30 pagi, kesemua 5 suspek telah berkumpul semula di padang pusat tahfiz untuk meneruskan niat membalas dendam itu.

Pada masa yang sama, Ijal (saksi) dan Adik (saksi) melihat Adli membawa sebotol minyak petrol yang dipercayai untuk membakar pusat tahfiz tersebut seterusnya adik telah memanjat memasuki pejabat PPIM kerana hendak tidur.

Suspek Masuk Ke Dalam Pusat Tahfiz, Keluar Semula Kerana Pintu Asrama Berkunci

Pada jam 4.40 pagi, Adli, Shahrul dan Jupem memasuki pusat tahfiz melalui pintu belakang. Manakala Aiman dan Debab menunggu di luar pagai sebelah belakang pusat tahfiz.

Pada mulanya Shahrul dan Jupem dapati pintu masuk bilik asrama berkunci dan tidak dapat dibuka menyebabkan Shahrul dan Jupem keluar semula dan turun ke tingkat 1 untuk mengambil tilam dan meletakkan ke pintu masuk asrama di tingkat 2.

Suspek Pecah Masuk Kiosk, Curi 2 Tong Gas Merah & Hijau

Shahrul dan Jupem seterusnya memecah masuk ke kiosk yang bersebelahan dengan pejabat PPIM dan mencuri 2 tong gas berwarna merah dan hijau lalu membawa tong gas tersebut ke tingkat 3 pusat tahfiz.

Shahrul dan Jupem meletakkan sebuah t0ng gas secara berdiri dan sebuah lagi tong gas dibaringkan menghala ke pintu asrama.

Shahrul terus mencucuk muncung kepala gas dengan menggunakan lidi supaya gas keluar dan menghala ke arah pintu.

Suspek Curah Minyak Petrol & Bakar

Manakala Adli pula mencurahkan minyak petrol di hadapan pintu masuk asrama pusat tahfiz hingga ke tingkat bawah dan terus menyalakan api menggunakan pemetik api.

Sebaik sahaja api menyala, Shahrul dan Jupem terus melarikan diri keluar dari pusat tahfiz tersebut menggunakan motosikal Yamaha Lagenda berwarna hitam biru.

Aiman dan Debab turut melarikan diri menggunakan motosikal Yamaha Lagenda berwarna kelabu dan Adli melarikan diri dengan menaiki motosikal Suzuki RG Sport.

Kesemua suspek melarikan diri ke rumah masing-masing.

Suspek di bawah pengaruh dadah

Itulah kronologi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dato Keramat, Kuala Lumpur dan sumber terbaru yang kami perolehi 5 daripada suspek positif dadah.

Jadi, tidak mustahil untuk mereka melakukan perkara yang melibatkan 23 nyawa sekaligus maut dengan kejam kerana mereka di bawah pengaruh dadah.