Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dato Keramat, Kuala Lumpur yang menyebabkan 21 kematian pelajar dan 2 warden pada Khamis lalu menggemparkan semua rakyat Malaysia dan pada mulanya kebakaran tersebut didakwa berpunca daripada litar pintas yang berlaku dalam bilik tidur pelajar.
Namun, punca Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dato Keramat itu terbakar sudah mendapat jawapan sebenar apabila penangkapan 7 suspek telah ditahan dan 5 antara mengaku mereka terlibat dalam usaha membakar pusat tahfiz tersebut.
Dendam Selepas Selisih Faham Punca Membakar Pusat Tahfiz
Hanya kerana dendam selepas perselisihan faham beberapa hari sebelum kejadian antara 5 suspek (Shahrul, Aiman, Adli, Jupem dan Debab) dan pelajar sekolah tahfiz tersebut, suspek mendakwa diri mereka diejek dan nekad untuk membalas dendam.
Pada hari kejadian, suspek yang dikenali sebagai Shahrul dan Jupem pada mulanya telah berpakat untuk memasuki sekolah tahfiz berkenaan untuk mencuri handphone di dalam asrama pusat tahfiz itu.
Selepas itu pada jam 2.30 pagi, kesemua supek berkumpul di kedai minum Cek Mek Molek yang bersebelahan pejabat PPIM dan berbincang untuk membakar sekolah tahfiz tersebut bagi membalas dendam terhadap pelajar tahfiz yang mengejek mereka.
Selepas beredar dari kedai minum tersebut, lebih kurang jam 4.00 pagi, Shahrul dan Adli membeli minyak petrol di stesen minyak Petron Damai yang diisi menggunakan botol air mineral yang besar.
Saksi Ternampak Suspek Membawa Sebotol Minyak Petrol
Pada jam 4.30 pagi, kesemua 5 suspek telah berkumpul semula di padang pusat tahfiz untuk meneruskan niat membalas dendam itu.
Pada masa yang sama, Ijal (saksi) dan Adik (saksi) melihat Adli membawa sebotol minyak petrol yang dipercayai untuk membakar pusat tahfiz tersebut seterusnya adik telah memanjat memasuki pejabat PPIM kerana hendak tidur.
Suspek Masuk Ke Dalam Pusat Tahfiz, Keluar Semula Kerana Pintu Asrama Berkunci
Pada jam 4.40 pagi, Adli, Shahrul dan Jupem memasuki pusat tahfiz melalui pintu belakang. Manakala Aiman dan Debab menunggu di luar pagai sebelah belakang pusat tahfiz.
Pada mulanya Shahrul dan Jupem dapati pintu masuk bilik asrama berkunci dan tidak dapat dibuka menyebabkan Shahrul dan Jupem keluar semula dan turun ke tingkat 1 untuk mengambil tilam dan meletakkan ke pintu masuk asrama di tingkat 2.
Suspek Pecah Masuk Kiosk, Curi 2 Tong Gas Merah & Hijau
Shahrul dan Jupem seterusnya memecah masuk ke kiosk yang bersebelahan dengan pejabat PPIM dan mencuri 2 tong gas berwarna merah dan hijau lalu membawa tong gas tersebut ke tingkat 3 pusat tahfiz.
Shahrul dan Jupem meletakkan sebuah t0ng gas secara berdiri dan sebuah lagi tong gas dibaringkan menghala ke pintu asrama.
Shahrul terus mencucuk muncung kepala gas dengan menggunakan lidi supaya gas keluar dan menghala ke arah pintu.
Suspek Curah Minyak Petrol & Bakar
Manakala Adli pula mencurahkan minyak petrol di hadapan pintu masuk asrama pusat tahfiz hingga ke tingkat bawah dan terus menyalakan api menggunakan pemetik api.
Sebaik sahaja api menyala, Shahrul dan Jupem terus melarikan diri keluar dari pusat tahfiz tersebut menggunakan motosikal Yamaha Lagenda berwarna hitam biru.
Aiman dan Debab turut melarikan diri menggunakan motosikal Yamaha Lagenda berwarna kelabu dan Adli melarikan diri dengan menaiki motosikal Suzuki RG Sport.
Kesemua suspek melarikan diri ke rumah masing-masing.
Suspek di bawah pengaruh dadah
Itulah kronologi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dato Keramat, Kuala Lumpur dan sumber terbaru yang kami perolehi 5 daripada suspek positif dadah.
Jadi, tidak mustahil untuk mereka melakukan perkara yang melibatkan 23 nyawa sekaligus maut dengan kejam kerana mereka di bawah pengaruh dadah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan