Bukan Senang Nak Senang, Bukan Susah Nak Susah
■Perkataan ni memang dah biasa dengar dah. Bunyi dia pon biasa-biasa sahaja, tetapi bagi orang biasa lah.
Orang yang luar biasa akan pandang serius ayat ni.
Tapi aku tak kata aku orang luar biasa. Hari ini aku nak share sikit pengalaman aku selama beberapa ‘hari’ menjadi freelancer a.k.a ‘full time blogger’.
Aku lebih suka gunakan freelancer berbanding full time blogger sebab kerja aku bukan berasaskan blog semata-mata.
Banyak kerja aku buat.
Tak dinafikan, selepas jadi freelancer ni aku bertambah sibuk, sibuk buat itu, sibuk buat ini. Kalau selalu nampak aku di facebook bukan bermakna aku sokmo free, asik melepak, bersosial di FB je.
Aku ada perancangan, aku ada agenda, ada strategi, ada benda yang aku buat untuk jangka masa panjang.
Sibuk aku sampai masa makan, masa tidur pon tak terjaga pada awalnya, tapi sekarang Alhamdulillah makin teratur. Aku tegah nak siapkan jadual harian aku supaya kerja aku lebih formal dan masa aku lebih dimanfaatkan.
Ini pengalaman aku.
Pada awalnya sebelum aku declare menjadi freelancer banyak perkara aku fikir, sangat banyak.
Antaranya penerimaan keluarga, mampukah aku?, macam mana life aku selepas tu dan banyak lagi. Sebenarnya itu semua adalah alasan.
Muktamat! Aku buat keputusan nak berhenti kerja.
Sebelum ni aku bekerja di club2 malam, 8 tahun aku dalam dunia kelawar malam. Jawatan aku masa tu sebagai bonzer.
Memang perit kerja ni, tambahan pula dengan
environment yang…err tak dapat aku nak bayangkan. Kerja gila orang panggil.
Mcm2 karenah manusia aku dah jumpa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan