Tahu tak? mencuci rambut dengan air garam boleh menghalang rambut dari kelemumur dan gugur?
Air garam boleh melembutkan rambut korang dan juga boleh membersihkan kulit kepala.
Jika korang ada masalah kelemumur dan rambut gugur, korang try cara ini di rumah. Tak perlu habiskan duit untuk atasi masalah ini.
Nak tahu caranya?
Jom kita usha tips ini :
Selepas syampu rambut korang, letakkan sejumlah garam yang bersesuai dengan ketebalan dan kepanjangan rambut korang tu dalam besen.
Rendam rambut selama 3 hingga 5 minit.
Urut kepala korang dengan lembut dan perlahan agar air garam itu meresap ke dalam kulit kepala.
Kemudian, bilas rambut anda.
Jangan malas, ulangi cara ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Insyaallah menjadi. Senang kan? haa boleh cuba dan lihat sendiri hasilnya okay !
Kenapa korang perlu cuci rambut dengan air garam?
1) Menghilangkan kelemumur
kelemumur merupakan bakteria.
Jika rambut korang penuh dengan kelemumur, cara paling bagus, bersihkan rambut dengan air garam.
2) Garam boleh membunuh bakteria dan menyegarkan kulit kepala.
Ya, air garam boleh membantu masalah kulit kepala berminyak, serta kotoran lain. Jika anda boleh atasi semua ini, maka rambut kan kelihata lebih segar dan berkilat !
3) Menghalang keguguran rambut
Air garam boleh menyebabkan liang liang di kulit kepala tertutup rapat dan akan menghalang dari berlakunya keguguran rambut.
Selamat mencuba! Baik lelaki atau perempuan, semua boleh cuba kaedah ini ya !
Sumber: QarLost
Tiada ulasan:
Catat Ulasan