SUCCESS BREAK SUCCESS BUSINESS SYSTEM..
MEMBONGKAR
RAHSIA-RAHSIA DAN FALSAFAH BISNES ORANG CINA MELALUI PENGALAMAN
BEKERJA DENGAN TAIKUN-TAIKUN BESAR CINA DAN SYARIKAT-SYARIKAT CINA YANG
BESAR SEPERTI STEVEN SOH TECK TOH, THE FOUNDER OF KL MUTUAL FUND, TAN
SRI WILLIAM CHENG, THE FOUNDER OF LION GROUP BERHAD , LUXOR GROUP
HOLDINGS SDN.BHD.,DATO' K.K NG, CHAIRMAN OF NAGAMAS BERHAD....SBSBB INGIN
BERKONGSI DENGAN ANDA SEMUA TENTANG FALSAFAH DAN RAHSIA KEJAYAAN
BISNES ORANG CINA INI SUPAYA ORANG MELAYU DAPAT MEMAHAMI BUDAYA DAN
FALSAFAH BISNES ORANG CINA DAN KITA SEMUA DAPAT MEMPELAJARI,
MEMAHAMI,MENGETAHUI DAN MENGIKUTI CARA-CARA ORANG CINA BERNIAGA....
Orang Cina jarang berkongsi rahsia dan petua berniaga mereka dengan orang lain.Petua
dan rahsia inilah yang menjadi senjata utama kejayaan orang cina dalam
perniagaan serta bidang ekonomi di Malaysia dan didunia,hanya mereka
yang pernah bekerja dan bercampur dengan tokoh-tokoh perniagaan orang
Cina sahaja yang dapat memahami,mempelajari dan mengetahui rahsia-rahsia
dan teknik mereka berniaga.Ini kerana perniagaan adalah sejenis
kemahiran dan ia boleh dipelajari.Tetapi yang pasti segala tip-tip dan
rahsia bisnes orang cina ini tidak akan dipelajari di
universiti-universiti secara teori dan praktikal melalui kuliah-kuliah
yang diikuti.Adalah menjadi harapan kami sesiapa yang mempelajari dan
mengamalkan secara disiplin segala petua dan falsafah perniagaan orang
Cina ini, mereka juga boleh berjaya dan menguasai bidang
perniagaan.Setiap orang berpotensi untuk berjaya.Anda adalah apa yang
anda fikirkan....Bagi memahami orang Cina, kita tidak perlu menjadi
orang Cina, Tetapi cukup sekadar kita dapat berfikir dan bertindak
seperti orang Cina.
Kejayaan
bangsa Cina dalam dunia bisnes dengan menyebut beberapa nama
tokoh-tokoh mereka yang hebat seperti Tan Sri Robert Kuok Hock Nien
(Raja Gula Malaysia) yang masih dapat mempertahankan kedudukannya
sebagai individu paling kaya di Malaysia dan Asia Tenggara dengan
kekayaan bernilai RM37.8 Billion (Sumber: Forbes Asia)
Kunci
kejayaan beliau adalah keberanian mencuba semua bidang perniagaan dan
mengambil risiko.Beliau berasal daripada keluarga yang berniaga.Bapanya
Kuok Keng Kang merupakan imigran yang datang dari daerah Fujian
China.Semasa berada di Tanah Melayu, beliau menubuhkan Tong Seng &
Company yang terbabit dalam perniagaan beras,gula dan tepung di
Johor.Daripada sebuah perniagaan keluarga, Robert Kuok mengembangkan
perniagaannya menjadi sebuah syarikat Multinasional yang memiliki aset
bernilai puluhan billion di seluruh dunia.
Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong yang merupakan Pengasas Genting Berhad
dengan mempunyai pekerja seramai hampir 20,000 orang.Tidak pernah
menerima pendidikan tinggi, tetapi beliau berjaya kerana usaha dan kerja
kerasnya selama berpuluh tahun, menukar sebuah kawasan hutan bergunung
ganang menjadi Taman Tema yang terkenal diseluruh dunia.Lim Goh Tong
merupakan contoh terbaik peniaga Cina yang pernah hidup susah dan miskin
tetapi dapat menerapkan segala falsafah dan budaya niaga orang Cina
dalam usaha membina empayar perniagaan yang begitu mantap dan berkuasa
dan kini diwarisi oleh anak-anak beliau.
Tan
Sri Quek Leng Chan, satu lagi tokoh billionair Cina terkaya di Asia
Tenggara adalah Bos Besar kepada kumpulan Hong Leong Berhad.Bermula
dengan keluarganya yang memiliki sebuah kedai peralatan rumah di Birch
Street atau Jalan Maharajalela di Kuala Lumpur.Beliau telah mengubah
perniagaan keluarganya yang kecil menjadi sebuah perniagaan yang besar
di Malaysia.Quek dikenali sebagai taikun Cina yang bersemangat tinggi,
tekun dan mempunyai kesungguhan yang tinggi bagi menjayakan apa yang
diusahakannya.Beliau dikatakan mempunyai kemahiran dan kepintaran
berniaga yang menakjubkan dimana dikatakan setiap 'sentuhan emas' beliau
akan membuahkan hasil dan kejayaan.Banyak tindakan yang diambilnya
disifatkan sebagai mustahil,tidak popular dan melawan arus tetapi dengan
keberaniannya mengambil risiko dan tidak takut kepada kontroversi
menjadi rahsia kejayaannya dan menjadi ikutan dan ikon kepada
peniaga-peniaga Cina yang lain.
Sekadar
mengambil 3 tokoh utama usahawan terkenal bangsa Cina yang berjaya di
rantau ini sebagai contoh dan iktibar,sebenarnya terlalu ramai lagi
senarai jutawan dan taikun-taikun bangsa Cina di Malaysia ini yang
terlalu panjang jika ingin disenaraikan.Banyak pengajaran dan pengalaman
mereka yang boleh dipelajari.Kita memang tidak dapat menumpang kekayaan
mereka tetapi kita orang Melayu terutamanya kaum bumiputera khususnya
boleh berkongsi kejayaan mereka dan sudah pasti untuk berjaya seperti
mereka ini ANDA PERLU BERFIKIR DAN BERTINDAK SEPERTI MANA BANGSA
CINA BERFIKIR DAN BERTINDAK.FAHAMILAH BUDAYA DAN PETUA-PETUA SERTA
FALSAFAH BISNES ORANG CINA.TANPA PEMAHAMAN DAN PENGETAHUAN ITU SUKAR
UNTUK SESIAPA PUN MELAKUKAN APA YANG SUDAH DILAKUKAN OLEH PARA TOKOH
TERSEBUT.Walaupun ramai yang tidak boleh menjadi orang Cina dan
bercakap bahasa Cina tetapi sekurang-kurangnya mereka boleh berfikir dan
bertindak cara seperti Orang Cina.Syaratnya ialah mereka perlu tahu
segala 'RAHSIA BERNIAGA CARA ORANG CINA', kemudian melaksanakannya dan mempraktikkannya dalam perniagaan mereka...Jom! kita mulakan dengan mengetahui SEJARAH BANGSA CINA BERNIAGA DI MALAYSIA.