Rabu, 16 Ogos 2017

CARA ORANG CINA BERNIAGA

SUCCESS BREAK SUCCESS BUSINESS SYSTEM.. 
 
MEMBONGKAR RAHSIA-RAHSIA DAN FALSAFAH BISNES  ORANG CINA MELALUI PENGALAMAN  BEKERJA DENGAN TAIKUN-TAIKUN BESAR CINA DAN SYARIKAT-SYARIKAT CINA YANG BESAR SEPERTI   STEVEN SOH TECK TOH, THE FOUNDER OF KL MUTUAL FUND, TAN SRI WILLIAM CHENG, THE FOUNDER OF LION GROUP BERHAD , LUXOR GROUP HOLDINGS SDN.BHD.,DATO' K.K NG, CHAIRMAN OF NAGAMAS BERHAD....SBSBB  INGIN BERKONGSI DENGAN ANDA SEMUA TENTANG FALSAFAH DAN RAHSIA KEJAYAAN  BISNES ORANG CINA INI SUPAYA ORANG MELAYU DAPAT MEMAHAMI BUDAYA DAN FALSAFAH BISNES ORANG CINA DAN  KITA SEMUA DAPAT MEMPELAJARI, MEMAHAMI,MENGETAHUI DAN MENGIKUTI CARA-CARA  ORANG CINA BERNIAGA....

Orang Cina jarang berkongsi rahsia dan petua berniaga mereka  dengan orang lain.Petua dan rahsia inilah yang menjadi senjata utama kejayaan orang cina dalam perniagaan serta bidang ekonomi di Malaysia dan didunia,hanya mereka yang pernah bekerja dan bercampur dengan tokoh-tokoh perniagaan orang Cina sahaja yang dapat memahami,mempelajari dan mengetahui rahsia-rahsia dan teknik mereka berniaga.Ini kerana perniagaan adalah sejenis kemahiran dan ia boleh dipelajari.Tetapi yang pasti segala tip-tip dan rahsia bisnes orang cina ini tidak akan dipelajari di universiti-universiti secara teori dan praktikal melalui kuliah-kuliah yang diikuti.Adalah menjadi harapan kami sesiapa yang mempelajari  dan mengamalkan secara disiplin segala petua dan falsafah perniagaan orang Cina ini, mereka juga boleh berjaya dan menguasai bidang perniagaan.Setiap orang berpotensi untuk berjaya.Anda adalah apa yang anda fikirkan....Bagi memahami orang Cina, kita tidak perlu menjadi orang Cina, Tetapi cukup sekadar kita dapat berfikir dan bertindak seperti orang Cina.
Kejayaan bangsa Cina dalam dunia bisnes dengan menyebut beberapa nama tokoh-tokoh mereka yang hebat seperti Tan Sri Robert  Kuok Hock Nien (Raja Gula Malaysia) yang masih dapat mempertahankan kedudukannya sebagai individu paling kaya di Malaysia dan Asia Tenggara dengan kekayaan bernilai RM37.8 Billion (Sumber: Forbes Asia)
Kunci kejayaan beliau adalah keberanian mencuba semua bidang perniagaan dan mengambil risiko.Beliau berasal daripada keluarga yang berniaga.Bapanya Kuok Keng Kang merupakan imigran yang datang dari daerah Fujian China.Semasa berada di Tanah Melayu, beliau menubuhkan Tong Seng & Company yang terbabit dalam perniagaan beras,gula dan tepung di Johor.Daripada sebuah perniagaan keluarga, Robert Kuok mengembangkan perniagaannya menjadi sebuah syarikat Multinasional yang memiliki aset bernilai puluhan billion di seluruh dunia.
Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong yang merupakan Pengasas Genting Berhad dengan mempunyai pekerja seramai hampir  20,000 orang.Tidak pernah menerima pendidikan tinggi, tetapi beliau berjaya kerana usaha dan kerja kerasnya selama berpuluh tahun, menukar sebuah kawasan hutan bergunung ganang menjadi Taman Tema yang terkenal diseluruh dunia.Lim Goh Tong merupakan contoh terbaik peniaga Cina yang pernah hidup susah dan miskin tetapi dapat menerapkan segala falsafah dan  budaya niaga orang Cina dalam usaha membina empayar perniagaan yang begitu mantap dan berkuasa dan kini diwarisi oleh anak-anak beliau.
Tan Sri Quek Leng Chan, satu lagi tokoh billionair Cina terkaya di Asia Tenggara adalah Bos Besar kepada kumpulan Hong Leong Berhad.Bermula dengan keluarganya yang memiliki sebuah kedai peralatan rumah di  Birch Street atau Jalan Maharajalela di Kuala Lumpur.Beliau telah mengubah perniagaan keluarganya yang kecil menjadi sebuah perniagaan yang besar di Malaysia.Quek dikenali sebagai taikun Cina yang bersemangat tinggi, tekun dan mempunyai kesungguhan yang tinggi bagi menjayakan apa yang diusahakannya.Beliau dikatakan mempunyai kemahiran dan kepintaran berniaga yang menakjubkan dimana dikatakan setiap 'sentuhan emas' beliau akan membuahkan hasil dan kejayaan.Banyak tindakan yang diambilnya disifatkan sebagai mustahil,tidak popular dan melawan arus tetapi dengan keberaniannya mengambil risiko dan tidak takut kepada kontroversi menjadi rahsia kejayaannya dan menjadi ikutan dan ikon kepada peniaga-peniaga Cina yang lain.
Sekadar mengambil 3 tokoh utama usahawan terkenal bangsa  Cina yang berjaya di rantau ini sebagai contoh dan iktibar,sebenarnya terlalu ramai lagi senarai jutawan dan taikun-taikun bangsa Cina di Malaysia ini yang terlalu panjang jika ingin disenaraikan.Banyak pengajaran dan pengalaman mereka yang boleh dipelajari.Kita memang tidak dapat menumpang kekayaan mereka tetapi kita orang Melayu terutamanya kaum  bumiputera khususnya boleh berkongsi kejayaan mereka dan sudah pasti untuk berjaya seperti mereka ini ANDA PERLU BERFIKIR  DAN BERTINDAK SEPERTI MANA BANGSA CINA BERFIKIR DAN BERTINDAK.FAHAMILAH BUDAYA DAN PETUA-PETUA SERTA FALSAFAH BISNES  ORANG CINA.TANPA PEMAHAMAN DAN PENGETAHUAN ITU SUKAR UNTUK SESIAPA PUN MELAKUKAN APA YANG SUDAH DILAKUKAN OLEH PARA TOKOH TERSEBUT.Walaupun ramai yang tidak boleh menjadi orang Cina dan bercakap bahasa Cina tetapi sekurang-kurangnya mereka boleh berfikir dan bertindak cara seperti Orang Cina.Syaratnya ialah mereka perlu tahu segala 'RAHSIA BERNIAGA CARA ORANG CINA', kemudian melaksanakannya dan mempraktikkannya dalam perniagaan mereka...Jom! kita mulakan dengan mengetahui SEJARAH BANGSA CINA BERNIAGA DI MALAYSIA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan