Ahad, 5 Februari 2017

NUSANTARA - PAILANG

Nusantara ~ PAILANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Minta maaf sebelumnya kerana saya ingin menjelaskan sedikit tentang saya serta tujuan tulisan-tulisan saya yang berkaitan dengan Nusantara. Demi Allah, tidaklah saya menulis semua ini kecuali saya didalam keadaan berpuasa putih dan berpuasa sunnat di siang harinya. Ini adalah syarat dan adat penuntut ilmu di Negeri Kedah dan di Tanah Jawa. Di tempat selainnya jika ada adat yang sama, minta maaf saya belum tahu.

Maka, Demi Allah saya menulis bukan kerana hawa nafsu saya. Sekiranya ada yang tidak percaya dengan orang yang didalam keadaan berpuasa putih itu tidak menuruti hawa nafsunya, silakan dicuba sendiri makan nasi dengan garam selama seminggu dan minum hanya air putih, Insya'-Allah, dia akan tahu sendiri.

Saya seorang perantau dan akan terus merantau untuk mengubati ketagihan saya pada ilmu. Jadi, saya tidak menulis untuk kepentingan peribadi saya atau untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Saya cuma ingin berkongsikan sekadar apa yang saya tahu, saya yakini dan insya'-Allah yang bermanfaat bagi saudara sesama Islam saya di Nusantara ini. Sekali lagi saya minta maaf kerana menjelaskan tentang saya, ini kerana seperti sebelumnya ada ramai yang membenci tulisan saya, memaki dan sebagainya. Jadi terpaksalah saya menyatakan hal ini. Minta maaf.

PAILANG.

Menurut guruku Ahmad Musthofa dari Tulungagung, Jawa Timur menyatakan definisinya; "Pailang itu kalau menurut bahasa jawa artinya Nasi Bungkus Khusus. Yang khusus hanya untuk orang yang khusus saja. Inti dan lauknya itu beda dengan yang lainnya, dan lebih istimewa."

Saya terpanggil untuk menulis ini kerana sekarang banyak disalah-ertikan dan disalah-gunakan oleh generasi yang sekarang yang banyak tidak tahu asal-usulnya. Memang 'pailang' ini ada kod untuk perjuang khusus Fisabilillah di Nusantara ini dulunya, di Tanah Jawi. Yang mengunakan panji Sang Saka atau panji Hijau-Kuning-Merah yang mana digunakan oleh saudara perjuang di Moro, Filipina sehingga kini.

Di panji Sang Saka yang berwarna merah dan putih, itu melambangkan keberanian dan kesucian. Bukti dan penjelasannya, lihat digambar beserta penjelasan ringkasnya. Cuma berbeza sedikit dengan Sang Saka di Tanah Melayu, panjinya ditambah dengan bulan dan bintang yang berwarna kuning keemasan yang bermaksud agama dan raja berdaulat.

Teruskan membaca dengan melihat gambar dan penjelasannya.

*untuk mengikuti tulisan saya yang akan datang yang menceritakan asal-usul 'pencak silat', pendekar dan jawapan kenapa silat gayung fatani atau gayung kedah atau silat pulut yang tidak mengunakan tari khusus dan buah rancang, sila tinggalkan komen. Insya'-Allah nanti saya akan 'tag' nama anda. Ini kerana ramai yang tidak suka dengan tulisan saya. Sekadar ilmu...





Jumaat, 3 Februari 2017

Kisah Cinta Siti Zulaikha kepada Nabi Yusuf as

Cinta Siti Zulaikha kepada Nabi Yusuf as

Siti Zulaikha asalnya adalah isteri pembesar Mesir.Dulu ia hidup dalam kemuliaan dan kemewahan,di samping wajahnya yg cantik dan menawan.Namun akhirnya setelah suaminya tiada,ia menjadi miskin,wajahnya menjadi tua,namun demikian,kecintaannya terhadap Nabi Yusuf as tidak berkurang walaupun sedikit. Malah sebaliknya makin bertambah dari sehari demi sehari.

Ketika keadaannya begitu mengecewakannya,ia yg dulunya menyembah
berhala kini berhala-berhala tersebut di hempasnya hingga pecah dan hancur. Kemudian ia menjadi orang beriman kapada Allah SWT.

Pada suatu malam iaitu malam Jumaat,Siti Zulaikha bermunajat
kpd Allah SWT :"Ya Allah,tidak sedikit pun harta dan kekayaanku tinggal,semuanya telah musnah,dan aku telah menjadi orang yg tua,terhina dan miskin.Lalu Engkau uji pula hamba-Mu ini dgn rasa cinta terhadap Yusuf as.Maka pertemukanlah aku dgnnya, atau Engkau hilangkan rasa cinta terhadapnya dalam kalbuku."
Para malaikat mendengar munajat Siti Zulaikha tersebut lalu berkata
: "Wahai Tuhan kami,sesunguhnya Zulaikha telah dating ke hadrat-Mu,memohon
kpd-Mu dgn iman dan ikhlas.Maka Allah berfirman :Wahai para malaikat-Ku ,telah dekat masa keuntungan dan kebebasannya."

Pada suatu hari,Nabi Yusuf as berjalan melalui pondok Siti Zulaikha
bersama dgn rombongan tenteranya.Maka keluarlah Siti Zulaikha dari dlm pondoknya, dan pergi menemui rombongan Yusuf as ia berkata :"Maha Suci Allah
yg telah menjadikan dgn rahmat-Nya seorg hamba sebagai raja.
Kemudian Yusuf bertanya :"Siapakah engkau?Zulaikha menjawab :Aku adalah org yg telah membelimu dgn permata,intan,berlian,emas,dan perak,dan
minyak yg paling wangi.Akulah org yg tidak pernah kenyang dari makanan semenjak aku menyintaimu dan mataku tidak dapat ditutupkan semenjak memandangmu.
Yusuf berkata :Mungkin engkau adalah Zulaikha! Jawab Zulaikha :Benar."
Yusuf bertanya lagi :"Ke manakah hartamu ,kecantikan dan segala kemewahanmu yg dulu? Zulaikha menjawab :Semuanya telah lenyap akibat cintaku
kpdmu.Yusuf bertanya : Bagaimana dgn keadaan cintamu itu?
Zulaikha berkata :Cintaku tetap tidak berubah seperti dahulu,malah
setiap saat bertambah menyintaimu."
Kemudian Nabi Yusuf as berkata kpd Zulaikha :"Apakah yg Engkau
inginkanwahai Zulaikha?

Zulaikha menjawab :Aku menginginkan tiga perkara,iaitu kecantikan,harta,dan perkahwinan".Kemudian Yusuf as ingin pergi meniggalkan Zulaikha,namun Allah SWT mewahyukan kpdnya :"Wahai Yusuf engkau telah berkata kpd Zulaikha apa yg engkau inginkan.Akan tetapi engkau tidak memberi jawapan atas keinginannya itu.Ketahuilah olehmu bahawasanya Allah telah mengahwinkan Zulaikha dgnmu,Dia telah mengucapkan khutbah sendiri,disaksikan oleh para Malaikat dan bidadari-bidadari pun telah menabur bunga-bunga.
Nabi Yusuf as berkata kpd Jibril as:"Wahai Jibril,sesungguhnya Zulaikha tidak lagi memiliki harta,dan kecantikan.Jibril as menjawab: Allah berfirman kpdmu :Walaupun Zulaikha tidak memiliki kecantikannya lagi,namun sesungguhnya Aku mempunyai kekuasaan dan kebesaran."

Kemudian Allah SWT memberikan kpd Zulaikha dgn paras rupa yg muda dan
sangat cantik sekali,melebihi kecantikan yg pernah dimilikinya dulu.Lalu Allah menanamkan rasa cinta dan kasih saying kedalam hati Yusuf as.Sebelumnya Nabi Yusuf as sebagai org yg dicintai,namun sekarang Nabi Yusuf as menjadi pencinta. Dulu, Zulaikha sebagai org mencintai namun sekarang menjadi org yg dicintai. Akhirnya Nabi Yusuf membawa Zulaikha ke singgahsananya.

Ketika Nabi Yusuf ingin bermesra dgn Zulaikha,di lihatnya Zulaikha baru
sahaja mengerjakan solat,kerana itu,ia pun menunggu sampai Zulaikha siap
menunaikan solat.Setelah lama menunggu,namun Zulaikha belum selesai
mengerjakan solatnya.

Nabi Yusuf as pun tidak sabar lagi dan berkata :"Wahai
Zulaikha,bukankah dahulu engkau telah mengoyakan bajuku ketika aku
hendak lari daripadamu?"
Zulaikha lalu memberi salam,kemudian ia berkata:"Memang dahulu aku begitu,namun sekarang hatiku tidak seperti dahulu ."Setelah memjawab
ucapan Nabi Yusuf as maka Siti Zulaikha ingin melanjutkan solatnya.Akhirnya
Yusuf menarik baju Zulaikha ke arahnya,maka baju itu menjadi koyak.Kemudian
Jibril turun mengatakan :"Wahai Yusuf,baju dibalas baju,maka terhapuslah
cercaan yg terjadi antara engkau dan Zulaikha dahulu."

Cinta yg berlandaskan keimanan dan ketaqwaan akan dibalas dgn kebahagiaan
dunia dan akhirat dan kekal bersama-sama keyurga.

Sungguh hebat cinta hamba-Mu,kerana mereka melabuhkan cinta kepada-Mu
dahulu barulah mereka merintih cinta seorg manusia.Allah telah menentukan
siapa jodoh kita,dan kita hendaklah menerima seadanya dgn penuh syukur dan redha.

Sesungguhnya Allah berkuasa terhadap makhluknya.Dia menanamkan setiap
makhluknya dgn rasa kasih sayang dan cinta setiap pasangan yg telah ditentukan oleh-Nya.Oleh itu ,marilah kita sama-sama menjaga cinta kita kpd kekasih-Nya Muhammad Rasulullah SAW dan cinta sejati-cinta kepada Ilahi
lebih dari segala-galanya.

Rabu, 1 Februari 2017

Cara daftar Maybank2u tak perlu ke ATM atau cawangan Maybank.

Mungkin tak ramai yang tahu cara daftar Maybank2u tanpa pergi ke ATM atau Cawangan Maybank kan?

Ok kat sini aku nak kongsi kat semua orang mendaftar Maybank2u cuma guna h/p jew.

Ajum...... apa yang korang kena buat ialah

Cari simkad baru @ guna nombor fon korang kalau boleh nombor tu biar lah nombor kekal, sbb nombor yang nak daftar email baru ni akan control semua urusan pengesahan code email dan TAC Maybank2u tu nanti.

Dah ready dengan dgn nombor fon korang?

1] Buat akaun email baru [gmail] 
Daftar mcm biasa akaun gmail korang tu isi dan lengkapkan semua borang.. jangan lupa salin ID & password pastikan email tu dah sah dan boleh digunakan ye 
Nak senang lagi klik [SINI]

2] Daftar Maybank2u, buka google type Maybank2u.com.my ikut arahan pastu pilih first time login... teruskan dgn lengkapkan semua borang2.. part paling penting ialah diruangan no fon untuk code TAC. "ingat korang kena masukan yang sama dengan no fon yang korang daftar gmail tadi"

Sbb tu aku syorkan korang beli simkad baru atau guna nombor yang betul2 kekal.
Nak senag lagi klik [SINI] untuk daftar Maybank2u.


DONE! ✔✔✔

% Berjaya❗❗❗

Aku bg ringkasan kat bawah ni... pandai2 la korang ye.

⭐] Daftar gmail baru 
⭐⭐] Daftar Maybank2u 

#note: Guna nombor yang sama untuk kedu2 akaun.

Orite settle dah semua.. kan senang tu tak payah g ATM la cawangan terdekat la..


*penggunaan bahasa dalam blog aku ni mmg sempoi.. ala.. janji korang faham sudaa 

*ape2 yang tak faham boleh email atau komen kat ruangan komen ye ☺☺☺

[Jangan lupa follow untuk dapatkan info2 sempoi terkini dan semestinya terbaek ☺

Assalammualaikum...⭐⭐⭐⭐⭐


Ditikam hanya berpunca terlanggar bahu

Kuala Lumpur: Berlanggar bahu dengan seorang lelaki di sebuah pusat hiburan di Mont Kiara di sini, menjadi punca seorang pekerja swasta maut ditikam lelaki berkenaan dalam kejadian Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, kejadian berlaku pada 4.30 pagi ketika mangsa berusia 27 tahun bersama tiga rakannya hendak meninggalkan pusat hiburan berkenaan.

Beliau berkata, mangsa dikatakan tidak sengaja terlanggar bahu lelaki itu yang turut ditemani beberapa rakan sehingga berlaku salah faham sebelum mangsa ditikam.

"Mangsa ditikam dengan pisau lipat di bahagian dada kanan manakala dua rakannya cedera dibelasah kumpulan lelaki itu," kata Munusamy di sini, hari ini.

Mangsa kemudian dibawa ke rumahnya di Flat Sri Selangor sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman paru-paru.

Munusamy berkata susulan itu polis menahan lapan lelaki tempatan berumur antara 21 tahun sehingga 25 tahun bagi membantu siasatan.

"Kesemua mereka ditahan pada Ahad lepas sehingga semalam di sekitar Kajang dan ibu kota dan direman sehingga Jumaat ini," katanya.

Munusamy berkata polis turut mencari lima lagi lelaki bagi membantu siasatan kes itu yang dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.