Nusantara ~ PAILANG
بسم الله الرحمن الرحيم
Minta maaf sebelumnya kerana saya ingin menjelaskan sedikit tentang saya serta tujuan tulisan-tulisan saya yang berkaitan dengan Nusantara. Demi Allah, tidaklah saya menulis semua ini kecuali saya didalam keadaan berpuasa putih dan berpuasa sunnat di siang harinya. Ini adalah syarat dan adat penuntut ilmu di Negeri Kedah dan di Tanah Jawa. Di tempat selainnya jika ada adat yang sama, minta maaf saya belum tahu.
Maka, Demi Allah saya menulis bukan kerana hawa nafsu saya. Sekiranya ada yang tidak percaya dengan orang yang didalam keadaan berpuasa putih itu tidak menuruti hawa nafsunya, silakan dicuba sendiri makan nasi dengan garam selama seminggu dan minum hanya air putih, Insya'-Allah, dia akan tahu sendiri.
Saya seorang perantau dan akan terus merantau untuk mengubati ketagihan saya pada ilmu. Jadi, saya tidak menulis untuk kepentingan peribadi saya atau untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Saya cuma ingin berkongsikan sekadar apa yang saya tahu, saya yakini dan insya'-Allah yang bermanfaat bagi saudara sesama Islam saya di Nusantara ini. Sekali lagi saya minta maaf kerana menjelaskan tentang saya, ini kerana seperti sebelumnya ada ramai yang membenci tulisan saya, memaki dan sebagainya. Jadi terpaksalah saya menyatakan hal ini. Minta maaf.
PAILANG.
Menurut guruku Ahmad Musthofa dari Tulungagung, Jawa Timur menyatakan definisinya; "Pailang itu kalau menurut bahasa jawa artinya Nasi Bungkus Khusus. Yang khusus hanya untuk orang yang khusus saja. Inti dan lauknya itu beda dengan yang lainnya, dan lebih istimewa."
Saya terpanggil untuk menulis ini kerana sekarang banyak disalah-ertikan dan disalah-gunakan oleh generasi yang sekarang yang banyak tidak tahu asal-usulnya. Memang 'pailang' ini ada kod untuk perjuang khusus Fisabilillah di Nusantara ini dulunya, di Tanah Jawi. Yang mengunakan panji Sang Saka atau panji Hijau-Kuning-Merah yang mana digunakan oleh saudara perjuang di Moro, Filipina sehingga kini.
Di panji Sang Saka yang berwarna merah dan putih, itu melambangkan keberanian dan kesucian. Bukti dan penjelasannya, lihat digambar beserta penjelasan ringkasnya. Cuma berbeza sedikit dengan Sang Saka di Tanah Melayu, panjinya ditambah dengan bulan dan bintang yang berwarna kuning keemasan yang bermaksud agama dan raja berdaulat.
Teruskan membaca dengan melihat gambar dan penjelasannya.
*untuk mengikuti tulisan saya yang akan datang yang menceritakan asal-usul 'pencak silat', pendekar dan jawapan kenapa silat gayung fatani atau gayung kedah atau silat pulut yang tidak mengunakan tari khusus dan buah rancang, sila tinggalkan komen. Insya'-Allah nanti saya akan 'tag' nama anda. Ini kerana ramai yang tidak suka dengan tulisan saya. Sekadar ilmu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan