Ahad, 17 Disember 2017

WB79L kes selesai

Berjaya ditangkap.

WB79L BMW putih

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki maut ditikam dan digilis sebuah kereta selepas diserang di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, di sini, malam ini.

Dalam kejadian jam 7.30 malam, mangsa yang berusia lingkungan 30-an meninggal dunia di tempat kejadian.

Sebelum itu, mangsa bersama isterinya wanita warga asing berusia 20-an menaiki kereta jenis Volkswagen Polo berhenti di stesen minyak itu untuk mengisi angin tayar kereta.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata sejurus kemudian datang sekumpulan lelaki menaiki sebuah kereta BMW berwarna putih menghampiri kereta mangsa.

"Seorang daripada suspek dipercayai keluar dari kereta dan menarik isteri mangsa sebelum wanita terbabit berjaya menyelamatkan diri.

"Mangsa cuba mempertahankan isterinya kemudian bergelut dengan seorang daripada suspek sebelum suspek yang lain melanggar mangsa sebanyak dua kali," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Mohd Khalil berkata, suspek kemudiannya membaling mercun bagi menakutkan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu sebelum melarikan diri.

"Siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan pada dada kiri disyaki ditikam serta kecederaan akibat dilanggar.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Mohd Khalil berkata, polis memohon orang ramai yang terlihat atau mengesan kedudukan suspek yang menaiki kereta BMW berwarna putih dengan nombor pendaftaran WB79L untuk tampil membantu siasatan. 

"Sesiapa mengenali atau dapat mengesan kenderaan ini diminta untuk menghubungi Balai Polis terdekat atau menghubungi Hotline Polis Johor di talian  07-2212999 dengan kadar segera," katanya.

Selasa, 19 September 2017

Terbongkar! Ini Dia Tokan Dadah Yang Jual Pada Budak Bakar Pusat Tahfiz.. Gerun Dengar Nama!

TOKAN DADAH DIKENALI NAMA “DEWALI KERAMAT” YANG JUAL DADAH PADA BUDAK BAKAR MAAHAD TAHFIZ AKHIRNYA TERSUNGKUR……

Suspek berusia 32 tahun ditahan dalam Op khas Narkotik Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik . Berikutan gerakan memburu Penama dikenali sebagai Dewali Keramat yang menjadi pengedar tegar di sekitar Keramat tanpa mengira umur pembeli.

Ketika serbuan, suspek sedang membaiki motosikal di belakang rumah. Hasil tangkapan tersebut siasatan lanjut dan pengesahan penglibatan dalam suspek bakar Darul Quran Ittifaqiyah di ibu Negara Khamis lepas, dijalankan.

Sebaik menyedari kehadiran polis, suspek melarikan diri tetapi berjaya ditangkap.

– Pemeriksaan menjumpai dadah disyaki pil kuda.

– Suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

– Ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati dia positif methamphetamine.

– Suspek mempunyai empat kesalahan rekod lampau.

Sumber FB Turn Back Crime Malaysia

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kebocoran maklumat berhubung siasatan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dalam masa terdekat ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya memandang serius mengenai kebocoran maklumat itu berikutan perkara terbabit kerap berlaku dan boleh menjejaskan siasatan.

“Saya akan mengarahkan Ketua Polis Kuala Lumpur (Datuk Amar Singh Ishar Singh) untuk menubuhkan pasukan khas hari ini atau esok bagi menyiasat penyebar maklumat berkenaan.

“Pasukan khas ini akan menyiasat sama ada penyebaran ini berikutan siasatan kes berkenaan membabitkan pelbagai agensi.

“Selain itu, kita juga akan melakukan siasatan dalaman diperingkat jabatan untuk mengambil tindakan terhadap pegawai dan anggota yang menyebarkan maklumat siasatan kes ini,” katanya pada sidang media selepas hadir ke majlis meraikan atlet PDRM yang mewakili Sukan Sea 2017, di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.

Jelasnya, siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan kerana mendedahkan maklumat dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

“Selain itu, kita akan mempercepatkan proses untuk melengkapkan kertas siasatan terhadap tujuh suspek yang ditahan berhubung kes kebakaran pusat tahfiz berkenaan untuk diserahkan kepada Peguam Negara,” katanya.

Kelmarin, Amar Singh terpaksa mempercepatkan sidang media berhubung penahanan tujuh suspek disyaki terbabit dalam kes kebakaran pusat tahfiz berikutan perincian maklumat mengenai perkara terbabit tersebar di media sosial.

Difahamkan sehingga kini seramai 13 individu sudah diambil keterangan berhubung penyebaran perincian maklumat dan gambar tujuh suspek yang disyaki terbabit dalam kes kebakaran pusat tahfiz berkenaan.

Sabtu, 16 September 2017

7 das tembakan di badan

AHLI Perniagaan parah selepas terkena tujuh das tembakan dipercayai dilepaskan lima suspek lelaki di Jalan Besar Kuala Medang-Sg Koyan, Lipis, kira-kira 10 malam tadi.

Dalam kejadian itu mangsa lelaki berusia 55 tahun dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Raub sebelum diserang kumpulan lima lelaki yang dipercayai melepaskan tembakan dari jarak dekat.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, ketika kejadian mangsa memandu kenderaan jenis Toyota Hilux secara berseorangan sebelum diserang kumpulan suspek yang menaiki kereta Proton Wira.

"Siasatan awal mendapati mangsa cedera di bahagian badan selepas terkena tujuh tembakan dilepaskan kumpulan suspek.

"Motif kejadian masih lagi disiasat. Kami (polis) akan merakamkan keterangan mangsa sebaik keadaan mengizinkan dan saksi kejadian serta mendapatkan beberapa petunjuk lain di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, bahagian forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang turut dipanggil bagi membantu siasatan termasuk mendapatkan kesan cap jari dan kelongsong peluru yang terdapat di lokasi kejadian.

Difahamkan mangsa dibawa ke Klinik di Sungai Koyan oleh orang ramai selepas kejadian dan kini dirawat di Hospital Kuala Lipis.

Azry berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Tujuh direman, teka-teki punca kebakaran pusat tahfiz bakal terjawab

KUALA LUMPUR, 25 Zulhijjah 1438H, Sabtu – Teka-teki di sebalik kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kampung Dato Keramat bakal terungkai dengan penahanan tujuh remaja hari ini.

Daripada tujuh yang ditahan, lima dipercayai penduduk kawasan berhampiran Kampung Dato Keramat yang berusia 16 hingga 18 tahun, manakala tiga lagi pelajar tahfiz berkenaan dipanggil bagi membantu siasatan.

Sumber memberitahu Berita Harian bahawa penahanan dibuat hasil pemeriksaan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah stesen minyak di Jalan Dato Keramat yang menunjukkan perbuatan suspek yang mencurigakan.

“Dalam rakaman itu terdapat kelibat dua lelaki menaiki motosikal Yamaha Lagenda membeli minyak petrol jam 1.30 pagi, beberapa jam sebelum kebakaran pusat tahfiz berkenaan.

“Mereka dipercayai menggunakan minyak petrol itu untuk membakar pusat tahfiz berkenaan,” katanya lapor Berita Harian.

Sumber itu berkata, suspek kemudian dipercayai menceroboh masuk pusat tahfiz, dengan membawa naik tong gas, tilam ke tingkat tiga.

“Mereka juga dipercayai mengunci pintu bilik asrama sebelum meletakkan tilam dan menghalakan muncung tong gas ke arah pintu bilik asrama pelajar dan guru sebelum membakar minyak petrol,” katanya.

Setakat ini, siasatan polis yang dikatakan menjurus kepada perbuatan khianat dan balas dendam sedang dijalankan bagi mendapatkan motif sebenar kejadian.

Pagi tadi beberapa pengakuan dibuat oleh suspek terbabit semasa mereka ditahan di lokap Balai Polis Jinjang.

Sementara itu, Harian Metro pula melaporkan bahawa sumber polis berkata, beberapa hari sebelum kejadian, pelajar tahfiz ada mengejek tujuh remaja yang menghisap dadah di kawasan Taman Tasek Datuk Keramat.

Katanya, susulan dari itu, tujuh remaja itu berdendam dengan pelajar tahfiz dan pada hari kejadian, beberapa daripada mereka melompat masuk ke dalam pusat tahfiz itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

“Ya, saya sahkan kesemua penangkapan berkenaan,” katanya ringkas.

Amar Singh berkata maklumat lanjut mengenai penahanan itu akan dibuat pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, dijadualkan pada 11 pagi esok.

Update kes bakar tahfiz.. 7 Suspek Bakar Pusat Tahfiz, Curi 2 Tong Gas & Beli Minyak Petrol Sebelum Bakar….

Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dato Keramat, Kuala Lumpur yang menyebabkan 21 kematian pelajar dan 2 warden pada Khamis lalu menggemparkan semua rakyat Malaysia dan pada mulanya kebakaran tersebut didakwa berpunca daripada litar pintas yang berlaku dalam bilik tidur pelajar.

Namun, punca Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dato Keramat itu terbakar sudah mendapat jawapan sebenar apabila penangkapan 7 suspek telah ditahan dan 5 antara mengaku mereka terlibat dalam usaha membakar pusat tahfiz tersebut.

Dendam Selepas Selisih Faham Punca Membakar Pusat Tahfiz

Hanya kerana dendam selepas perselisihan faham beberapa hari sebelum kejadian antara 5 suspek (Shahrul, Aiman, Adli, Jupem dan Debab) dan pelajar sekolah tahfiz tersebut, suspek mendakwa diri mereka diejek dan nekad untuk membalas dendam.

Pada hari kejadian, suspek yang dikenali sebagai Shahrul dan Jupem pada mulanya telah berpakat untuk memasuki sekolah tahfiz berkenaan untuk mencuri handphone di dalam asrama pusat tahfiz itu.

Selepas itu pada jam 2.30 pagi, kesemua supek berkumpul di kedai minum Cek Mek Molek yang bersebelahan pejabat PPIM dan berbincang untuk membakar sekolah tahfiz tersebut bagi membalas dendam terhadap pelajar tahfiz yang mengejek mereka.

Selepas beredar dari kedai minum tersebut, lebih kurang jam 4.00 pagi, Shahrul dan Adli membeli minyak petrol di stesen minyak Petron Damai yang diisi menggunakan botol air mineral yang besar.

Saksi Ternampak Suspek Membawa Sebotol Minyak Petrol

Pada jam 4.30 pagi, kesemua 5 suspek telah berkumpul semula di padang pusat tahfiz untuk meneruskan niat membalas dendam itu.

Pada masa yang sama, Ijal (saksi) dan Adik (saksi) melihat Adli membawa sebotol minyak petrol yang dipercayai untuk membakar pusat tahfiz tersebut seterusnya adik telah memanjat memasuki pejabat PPIM kerana hendak tidur.

Suspek Masuk Ke Dalam Pusat Tahfiz, Keluar Semula Kerana Pintu Asrama Berkunci

Pada jam 4.40 pagi, Adli, Shahrul dan Jupem memasuki pusat tahfiz melalui pintu belakang. Manakala Aiman dan Debab menunggu di luar pagai sebelah belakang pusat tahfiz.

Pada mulanya Shahrul dan Jupem dapati pintu masuk bilik asrama berkunci dan tidak dapat dibuka menyebabkan Shahrul dan Jupem keluar semula dan turun ke tingkat 1 untuk mengambil tilam dan meletakkan ke pintu masuk asrama di tingkat 2.

Suspek Pecah Masuk Kiosk, Curi 2 Tong Gas Merah & Hijau

Shahrul dan Jupem seterusnya memecah masuk ke kiosk yang bersebelahan dengan pejabat PPIM dan mencuri 2 tong gas berwarna merah dan hijau lalu membawa tong gas tersebut ke tingkat 3 pusat tahfiz.

Shahrul dan Jupem meletakkan sebuah t0ng gas secara berdiri dan sebuah lagi tong gas dibaringkan menghala ke pintu asrama.

Shahrul terus mencucuk muncung kepala gas dengan menggunakan lidi supaya gas keluar dan menghala ke arah pintu.

Suspek Curah Minyak Petrol & Bakar

Manakala Adli pula mencurahkan minyak petrol di hadapan pintu masuk asrama pusat tahfiz hingga ke tingkat bawah dan terus menyalakan api menggunakan pemetik api.

Sebaik sahaja api menyala, Shahrul dan Jupem terus melarikan diri keluar dari pusat tahfiz tersebut menggunakan motosikal Yamaha Lagenda berwarna hitam biru.

Aiman dan Debab turut melarikan diri menggunakan motosikal Yamaha Lagenda berwarna kelabu dan Adli melarikan diri dengan menaiki motosikal Suzuki RG Sport.

Kesemua suspek melarikan diri ke rumah masing-masing.

Suspek di bawah pengaruh dadah

Itulah kronologi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Dato Keramat, Kuala Lumpur dan sumber terbaru yang kami perolehi 5 daripada suspek positif dadah.

Jadi, tidak mustahil untuk mereka melakukan perkara yang melibatkan 23 nyawa sekaligus maut dengan kejam kerana mereka di bawah pengaruh dadah.

Khamis, 14 September 2017

Pusat Tahfiz Terbakar : Apa Yg Anjing Pengesan Jumpa MENGEJUTKAN Pihak Bomba !!

 PETALING JAYA: Bomba sedang menyiasat kemungkinan kebakaran sekolah tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang meragut 24 nyawa hari ini mungkin kerana perbuatan khianat.

Pengarah Bomba Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata bukti dan keterangan saksi menyangkal teori awal yang mengesyaki kebakaran disebabkan litar pintas.“Selepas pemeriksaan secara teliti dan dengan menggunakan anjing pengesan, kami dapati kebakaran bermula di luar bilik asrama di tingkat 2.

“Anjing turut terhidu kesan kimia sekitar kawasan itu, jadi kita bawa ke makmal,” katanya kepada FMT.

Khirudin menambah mereka yang terselamat dalam tragedi itu memberitahu pihak berkuasa yang mereka tidak dapat melepaskan diri dari bilik asrama itu melalui pintu.

“Ada 2 silinder gas masak di kawasan itu,” katanya.

“Silinder itu sepatutnya berada di dapur di aras bawah.”

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh pagi tadi berkata polis mengesyaki litar pintas punca kebakaran itu.

Namun menurut Khirudin, Suruhanjaya Tenaga yang turun ke sekolah hari ini mendapati tiada tanda-tanda litar pintas atau beban lebih pada output elektrik.

Ditanya sama ada beliau mengesyaki kebakaran berpunca daripada seseorang yang bekerja atau belajar di sekolah tu, beliau berkata bomba belum menyiasat kemungkinan itu.

“Kita perlu tunggu sehingga ujian makmal selesai dijalankan, dan kita akan serahkan kepada polis untuk siasatan. Bila berlaku begitu (khianat), kita anggap jenayah dan jenayah di bawah bidang kuasa polis.

“Kita nak cepat sebab kes ini sudah menjadi perhatian negara, dan semua orang mahu tahu punca kebakaran,” katanya.

Menurut AFP, kebakaran tercetus di sekolah tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terletak di Jalan Keramat Ujung, awal pagi tadi.

Bomba bergegas ke tempat kejadian dan api dapat dipadam dalam tempoh 1 jam tetapi kebakaran itu menyebabkan kesan bencana yang buruk.

Pegawai bomba di tempat kejadian berkata kebakaran tercetus di bilik tidur awal pagi tadi, dan bomba dari balai berhampiran berada ke tempat kejadian dalam masa beberapa minit.

'Raksasa laut' terdampar di pantai Texas

BANGKAI haiwan laut yang disiarkan seorang wanita di Twitter terdampar di pantai di Texas selepas Taufan Harvey Ogos lalu, dipercayai sejenis belut laut dalam dari keluarga Tusky.

Haiwan berkenaan kelihatan seperti raksasa dan dipercayai sudah lebuh tiga minggu terdampar di pantai berkenaan.

Daily Mail melaporkan, minggu lalu, Preeti Desai dari Persatuan Audobin Kebangsaan menyiarkan gambar haiwan berkenaan dalam usaha mengenal pasti makhluk berkenaan yang tiada mana dengan gigi tajam.

“Sekali pandang ia kelihatan seperti haiwan laut dalam ‘sea lamprey’ (sejenis belut penghisap darah) namun apabila diteliti ia bukan, terutama bahagian mulutnya,” katanya.

Menurutnya, dia menyiarkan gambar itu di Twitter dengan harapan ada pakar mengenal pasti haiwan berkenaan.

Antara jawapan pakar biologi menyatakan haiwan berkenaan ialah raksasa laut dari spesies belut namun tidak pasti jenisnya.

Jawapan paling popular ialah belut tusky yang hidup di Teluk Mexico pada kedalaman antara 30 hingga 90 meter dan jarang muncul di permukaan.

Namun Tusky mempunyai mata dan saiznya lebih kecil dan bangkai berkenaan pasti sudah mereput ketika Desai menemuinya.

Taufa Harvey melanda Texas mulai 18 hingga 25 Ogos lalu.

Dr Kenneth Tighe dari jabatan Sejarah Alam Muzium Kebangsaan Smithsonian percaya haiwan itu belut Tusky atau spesies belut keluarga lain.

Surat Terakhir Pelajar Tahfiz

Tragedi kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pagi tadi ternyata meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat Malaysia. 23 orang pelajar tahfiz disahkan terkorban, 4 cedera parah dan 3 lagi mengalami cedera ringan.

Pembaca Buletin Utama TV3, Nor Intan Ezreena Amir Hamzah tidak dapat menahan kesedihan apabila dilihat sebak ketika membacakan berita tentang surat salah seorang pelajar tahfiz yang maut kepada ibunya.

Sementara itu dalam satu kenyataan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mengeluarkan kenyataan bahawa kebakaran bukan berlaku kerana litar pintas.

Hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik.

"Kita dapati cara api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar. Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan ‘tendang’ dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak. Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap. Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak."

Rabu, 16 Ogos 2017

CARA ORANG CINA BERNIAGA

SUCCESS BREAK SUCCESS BUSINESS SYSTEM.. 
 
MEMBONGKAR RAHSIA-RAHSIA DAN FALSAFAH BISNES  ORANG CINA MELALUI PENGALAMAN  BEKERJA DENGAN TAIKUN-TAIKUN BESAR CINA DAN SYARIKAT-SYARIKAT CINA YANG BESAR SEPERTI   STEVEN SOH TECK TOH, THE FOUNDER OF KL MUTUAL FUND, TAN SRI WILLIAM CHENG, THE FOUNDER OF LION GROUP BERHAD , LUXOR GROUP HOLDINGS SDN.BHD.,DATO' K.K NG, CHAIRMAN OF NAGAMAS BERHAD....SBSBB  INGIN BERKONGSI DENGAN ANDA SEMUA TENTANG FALSAFAH DAN RAHSIA KEJAYAAN  BISNES ORANG CINA INI SUPAYA ORANG MELAYU DAPAT MEMAHAMI BUDAYA DAN FALSAFAH BISNES ORANG CINA DAN  KITA SEMUA DAPAT MEMPELAJARI, MEMAHAMI,MENGETAHUI DAN MENGIKUTI CARA-CARA  ORANG CINA BERNIAGA....

Orang Cina jarang berkongsi rahsia dan petua berniaga mereka  dengan orang lain.Petua dan rahsia inilah yang menjadi senjata utama kejayaan orang cina dalam perniagaan serta bidang ekonomi di Malaysia dan didunia,hanya mereka yang pernah bekerja dan bercampur dengan tokoh-tokoh perniagaan orang Cina sahaja yang dapat memahami,mempelajari dan mengetahui rahsia-rahsia dan teknik mereka berniaga.Ini kerana perniagaan adalah sejenis kemahiran dan ia boleh dipelajari.Tetapi yang pasti segala tip-tip dan rahsia bisnes orang cina ini tidak akan dipelajari di universiti-universiti secara teori dan praktikal melalui kuliah-kuliah yang diikuti.Adalah menjadi harapan kami sesiapa yang mempelajari  dan mengamalkan secara disiplin segala petua dan falsafah perniagaan orang Cina ini, mereka juga boleh berjaya dan menguasai bidang perniagaan.Setiap orang berpotensi untuk berjaya.Anda adalah apa yang anda fikirkan....Bagi memahami orang Cina, kita tidak perlu menjadi orang Cina, Tetapi cukup sekadar kita dapat berfikir dan bertindak seperti orang Cina.
Kejayaan bangsa Cina dalam dunia bisnes dengan menyebut beberapa nama tokoh-tokoh mereka yang hebat seperti Tan Sri Robert  Kuok Hock Nien (Raja Gula Malaysia) yang masih dapat mempertahankan kedudukannya sebagai individu paling kaya di Malaysia dan Asia Tenggara dengan kekayaan bernilai RM37.8 Billion (Sumber: Forbes Asia)
Kunci kejayaan beliau adalah keberanian mencuba semua bidang perniagaan dan mengambil risiko.Beliau berasal daripada keluarga yang berniaga.Bapanya Kuok Keng Kang merupakan imigran yang datang dari daerah Fujian China.Semasa berada di Tanah Melayu, beliau menubuhkan Tong Seng & Company yang terbabit dalam perniagaan beras,gula dan tepung di Johor.Daripada sebuah perniagaan keluarga, Robert Kuok mengembangkan perniagaannya menjadi sebuah syarikat Multinasional yang memiliki aset bernilai puluhan billion di seluruh dunia.
Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong yang merupakan Pengasas Genting Berhad dengan mempunyai pekerja seramai hampir  20,000 orang.Tidak pernah menerima pendidikan tinggi, tetapi beliau berjaya kerana usaha dan kerja kerasnya selama berpuluh tahun, menukar sebuah kawasan hutan bergunung ganang menjadi Taman Tema yang terkenal diseluruh dunia.Lim Goh Tong merupakan contoh terbaik peniaga Cina yang pernah hidup susah dan miskin tetapi dapat menerapkan segala falsafah dan  budaya niaga orang Cina dalam usaha membina empayar perniagaan yang begitu mantap dan berkuasa dan kini diwarisi oleh anak-anak beliau.
Tan Sri Quek Leng Chan, satu lagi tokoh billionair Cina terkaya di Asia Tenggara adalah Bos Besar kepada kumpulan Hong Leong Berhad.Bermula dengan keluarganya yang memiliki sebuah kedai peralatan rumah di  Birch Street atau Jalan Maharajalela di Kuala Lumpur.Beliau telah mengubah perniagaan keluarganya yang kecil menjadi sebuah perniagaan yang besar di Malaysia.Quek dikenali sebagai taikun Cina yang bersemangat tinggi, tekun dan mempunyai kesungguhan yang tinggi bagi menjayakan apa yang diusahakannya.Beliau dikatakan mempunyai kemahiran dan kepintaran berniaga yang menakjubkan dimana dikatakan setiap 'sentuhan emas' beliau akan membuahkan hasil dan kejayaan.Banyak tindakan yang diambilnya disifatkan sebagai mustahil,tidak popular dan melawan arus tetapi dengan keberaniannya mengambil risiko dan tidak takut kepada kontroversi menjadi rahsia kejayaannya dan menjadi ikutan dan ikon kepada peniaga-peniaga Cina yang lain.
Sekadar mengambil 3 tokoh utama usahawan terkenal bangsa  Cina yang berjaya di rantau ini sebagai contoh dan iktibar,sebenarnya terlalu ramai lagi senarai jutawan dan taikun-taikun bangsa Cina di Malaysia ini yang terlalu panjang jika ingin disenaraikan.Banyak pengajaran dan pengalaman mereka yang boleh dipelajari.Kita memang tidak dapat menumpang kekayaan mereka tetapi kita orang Melayu terutamanya kaum  bumiputera khususnya boleh berkongsi kejayaan mereka dan sudah pasti untuk berjaya seperti mereka ini ANDA PERLU BERFIKIR  DAN BERTINDAK SEPERTI MANA BANGSA CINA BERFIKIR DAN BERTINDAK.FAHAMILAH BUDAYA DAN PETUA-PETUA SERTA FALSAFAH BISNES  ORANG CINA.TANPA PEMAHAMAN DAN PENGETAHUAN ITU SUKAR UNTUK SESIAPA PUN MELAKUKAN APA YANG SUDAH DILAKUKAN OLEH PARA TOKOH TERSEBUT.Walaupun ramai yang tidak boleh menjadi orang Cina dan bercakap bahasa Cina tetapi sekurang-kurangnya mereka boleh berfikir dan bertindak cara seperti Orang Cina.Syaratnya ialah mereka perlu tahu segala 'RAHSIA BERNIAGA CARA ORANG CINA', kemudian melaksanakannya dan mempraktikkannya dalam perniagaan mereka...Jom! kita mulakan dengan mengetahui SEJARAH BANGSA CINA BERNIAGA DI MALAYSIA.

JASAD PUTUS DIGILIS LORI .. MOTOSIKAL BMW S1000 HAJI HALMI KEMALANGAN

Jasad putus digilis lori .. Motosikal BMW S1000 Haji Halmi kemalangan (10Gambar)
Kulai : Kemalangan ngeri pagi tadi membabitkan motosikal kuasa tinggi jenis BMW S1000RR dengan sebuah lori di KM 26 Lebuh Raya Senai Kulai.

Mangsa Moh Halmi Bin Haroon ,53, yang menunggang motosikal kuasa tinggi tersebut maut ditempat kejadian impak kemalangan tersebut.

Motosikal mangsa dikatakan bergesel dengan lori lalu mangsa terjatuh dan digilis, apa yang paling memilukan jasad mangsa terputus dua kesan kemalangan terbabit.

Mangsa dikatakan dalam perjalana pulang ke rumah nya di Batu Pahat, mengikut sumber Moh Halmi atau lebih mesra dengan panggilan Haji Helmi adalah insan yang sangat baik dan dikenali.

Arwah merupakan bekas perkerja bank Cimb dan telah bersara, dia merupakan geng-geng surau ditempat nya tinggal.

Kehilangan nya dalam tragedi tragis pagi tadi mengundang pilu keluarga dan insan-insan yang mengenali nya.

Punca sebenar kejadian kini disiasat oleh pihak berwajib, semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama insan-insan yang diredhai Allah. Al fatihah (gambar-gambar jelas jasad mangsa tidak disiarkan hanya yang telah diblur sahaja )

Credit : beritasayu.net

P/s: Admin delete satu foto arwah atas permintaan keluarganya..

Selasa, 11 Julai 2017

*BANYAK MINUM AIR KOSONG LEBIH BAHAYA BERBANDING MAKAN DAGING KAMBING*

*BANYAK MINUM AIR KOSONG LEBIH BAHAYA BERBANDING MAKAN DAGING KAMBING..*

Menurut kajian terbaru, byk meminum air kosong blh menyebabkan darah tinggi jika dibandingkan dgn makan daging kambing...

Air kosong/suam yang selama ini dikatakan sebagai minuman sihat, blh dpertikaikn..

Ujikaji tlh dbuat selama 3 màlam trhdp 2 org peserta yg dpilih secara rambang.

Mlm 1:
Peserta A diberi makan sup kambing manakala peserta B dberi 2 botol air mineral 500ml.
* Reaksi keduanya Normal.

Mlm ke2 :
Peserta A dberi kari kambing dn peserta B dberi 3 btl 500ml air mineral.
*Reaksi A Normal manakala B sedikit tidak selesa.

Malam terakhir :
Peserta A dberi kambing bakar dn B, 2 botol air mineral 1 liter.
• Reaksi A masih Normal manakàla B emotional.
Peserta B telah mengamuk dgn membaling botol air mineralnya dan terus merampas baki kambing bakar peserta A sambil berkata '_*Kalau hari2 air kosong, mati la aku!!_*

*Kesimpulan ujikaji:*
Dgn hanya meminum air kosong shj, boleh menyebabkn tekanan darah menjadi tinggi dan tidak dpt dikawal jika dibandingkn dgn memakan daging kambing..............
moral; jgn la mkn daging kambing sorg²..

Ahad, 9 Julai 2017

RAHSIA GARAM PADA RAMBUT

Tahu tak? mencuci rambut dengan air garam boleh menghalang rambut dari kelemumur dan gugur?

Air garam boleh melembutkan rambut korang dan juga boleh membersihkan kulit kepala.

Jika korang ada masalah kelemumur dan rambut gugur, korang try cara ini di rumah. Tak perlu habiskan duit untuk atasi masalah ini.

Nak tahu caranya?

Jom kita usha tips ini :

Selepas syampu rambut korang, letakkan sejumlah garam yang bersesuai dengan ketebalan dan kepanjangan rambut korang tu dalam besen.

Rendam rambut selama 3 hingga 5 minit.

Urut kepala korang dengan lembut dan perlahan agar air garam itu meresap ke dalam kulit kepala.

Kemudian, bilas rambut anda.

Jangan malas, ulangi cara ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Insyaallah menjadi. Senang kan? haa boleh cuba dan lihat sendiri hasilnya okay !

Kenapa korang perlu cuci rambut dengan air garam?

1) Menghilangkan kelemumur

kelemumur merupakan bakteria.
Jika rambut korang penuh dengan kelemumur, cara paling bagus, bersihkan rambut dengan air garam.

2) Garam boleh membunuh bakteria dan menyegarkan kulit kepala.

Ya, air garam boleh membantu masalah kulit kepala berminyak, serta kotoran lain. Jika anda boleh atasi semua ini, maka rambut kan kelihata lebih segar dan berkilat !

3) Menghalang keguguran rambut

Air garam boleh menyebabkan liang liang di kulit kepala tertutup rapat dan akan menghalang dari berlakunya keguguran rambut.

Selamat mencuba! Baik lelaki atau perempuan, semua boleh cuba kaedah ini ya !

Sumber: QarLost

Jumaat, 30 Jun 2017

Kisah Siti Khadijah

Kisah Siti Khadijah; Isteri Pertama Nabi Muhammad dan Yang Pertama Beriman

بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Khadijah binti Khuwailid merupakanisteri pertama Nabi Muhammad saw. Nama lengkapnya adalahKhadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai.

Khadijah al-Kubra, anak perempuan dari Khuwailid bin Asad dan Fatimah binti Za'idah, berasal dari kabilah Bani Asad dari suku Quraisy. Ia merupakan wanita as-Sabiqun al-Awwalun(golongan yang pertama masuk Islam).

Khadijahdilahirkan pada tahun 68 sebelum Hijriyah, di sebuah keluarga yang mulia dan terhormat. Dia tumbuh dalam suasana yang dipenuhi dengan perilaku terpuji.

Ulet, cerdas dan penyayang merupakan karakter khusus kepribadiannya.
Sehingga masyarakat di zaman Jahiliyahmenjulukinya sebagai At-Thahirah (seorang wanita yang suci). Selain itu, Khadijah juga berprofesi sebagai pedagang yang mempunyai modal sehingga bisa mengupah orang untuk menjalankan usahanya.

Kemudian Khadijah akan membagi keuntungan dari perolehan usaha tersebut. Rombongan dagang miliknya juga seperti umumnya rombongan dagang kaum Quraisy lainnya. 

1. Memberikan Pekerjaan Kepada Muhammad 

Lalu, suatu saat dia mendengar tentang Muhammad, sesuatu yang menarik perhatian Khadijah tentang kejujuran, amanah, dan kemuliaan akhlak beliau. Pada saat itu, Abu Thalib berkata pada keponakannya, Muhammad saw, “Aku adalah orang yang tidak mempunyai harta sedangkan kebutuhan zaman semakin hari semakin mendesak. Umur telah kita lalui dengan sia-sia tanpa ada harta dan perniagaan.

LihatlahKhadijah, dia mampu mengutus beberapa orang untuk menjalankan niaganya, sehingga mereka mendapatkan hasil dari barang yang diniagakan.

Andai engkau datang kepadanya (untuk menjalankan niaganya) dengan keutamaanmu dibandingkan yang lainnya, tentu tidak akan ada yang menyaingimu, terutama sekali dengan kesucianmu.

” Kemudian Khadijah memberikan pekerjaan kepada Rasulullah agar menjalankan barang dagangannya ke negeri Syam dengan ditemani anak bernama Maisarah.

Beliau diberi modal yang cukup besar dibandingkan lainnya. Rasulullah menerima pekerjaan tersebut dan disertai Maisarah menuju kota Syam.

Sesampainya di negeri tersebut beliau mulai menjual barang dagangannya, dan kemudian hasil dari penjualan tersebut beliau belikan barang lagi untuk dijual di Makkah.

Setelah misi dagangnya selesai, beliau bergabung dengan kafilah kembali ke Makkah bersama Maisarah.

Keuntungan yang didapatkan Rasulullah sungguh berlipat ganda, sehinggaKhadijah menambahkan bonus untuk beliau dari hasil penjualan tersebut.

2. Muhammad Menikah dengan Khadijah

Sesampainya di Makkah, Maisarah menceritakan perilaku baik Muhammad yang dilihatnya dengan mata kepala sendiri.

Khadijah merasa tertarik dengan cerita tersebut dan segera mengutusMaisarah untuk datang pada Muhammad dan menyampaikan pesannya untuk beliau.

“Wahai anak pamanku, aku senang kepadamu karena kekerabatan, kekuasaan terhadap kaummu, amanahmu, kepribadianmu yang baik, dan kejujuran perkataanmu.

” Kemudian Khadijahmenawarkan dirinya kepada Muhammad. Rasulullah menceritakan perihal ini kepada para pamannya.

Tidak lama kemudian Hamzah bin Abdul Muthalib bersama Muhammad datang pada Khuwailid bin Asad, bermaksud meminang putrinya itu untuk Muhammad. 

Kemudian Khuwailid berkata, “Dia itu kuda yang tidak dicocok hidungnya.” (Maksudnya, seorang yang mulia).

Muhammad kemudian menikahiKhadijah dan memberinya dua puluh unta muda.

Saat itu Khadijah berumur 40 tahun dan Muhammad berumur 25 tahun.

Dialah perempuan pertama yang dinikahi Nabi saw, dan beliau tidak menikah dengan siapa pun kecuali setelahKhadijah meninggal dunia.

Dari Khadijahlahirlah Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kultsum dan Fathimah.

3. Orang Pertama Beriman pada Kenabian Muhammad

Saat menerima risalah kenabian, Khadijahmerupakan orang pertama yang percaya kepada Allah dan Rasul beserta ajaran-ajaran-Nya.

Nabi Muhammad pun tidak menghiraukan berbagai ancaman dan propaganda yang datangnya dari kaum musyrikin.

Karena disampingnya terdapat sang kekasih pilihan Allah yang dengan setia mendampingi dan memperkuat aktifitas dakwahnya, sehingga terasa ringan beban yang diemban dan ringan pula menghadapi cobaan apa pun yang dilakukan oleh kaumnya.

Setelah menerima wahyu pertama di Gua Hira, Rasulullah kembali ke rumah dengan perasaan takut seraya berkata kepada Khadijah, ”Selimuti aku! Selimuti aku!” Maka Khadijah menyelimutinya hingga hilang perasaan takutnya itu.

Beliau menceritakan semua yang telah terjadi. “Aku khawatir pada diriku,” kata Rasulullah.

Khadijah menjawab, “Tidak perlu khawatir, Allah tidak akan pernah menghinakanmu, sesungguhnya engkau orang yang menjaga tali silaturrahmi, senantiasa mengemban amanah, berusaha memperoleh sesuatu yang tiada, selalu menghormati tamu dan membantu orang-orang yang berhak untuk dibantu.” 

4. Menemui Pendeta Waraqah

Khadijah mengajak suaminya menemui Waraqah bin Naufal, sepupunya yang memeluk agama Nasrani di zaman Jahiliyah dan menulis buku Injil dengan bahasa Ibrani.

“Dengarkan sepupuku, kata-kata dari keponakanmu ini!” kata Khadijah. 
“Wahai keponakanku, apa yang engkau lihat?” tanya Waraqah pada Muhammad saw.

Rasulullah menceritakan tentang apa yang telah dilihatnya.

Waraqah berkata, “Ini adalah Malaikat yang telah Allah turunkan kepada Nabi Musa. Andai aku dapat bertahan, aku berharap masih hidup ketika kaummu mengusirmu.”

Rasulullah bertanya, “Kenapa mereka mengusirku?”
“Tidak seorang pun yang datang dengan sesuatu sebagaimana yang kau emban ini kecuali dimusuhi oleh kaumnya.

Jika aku masih hidup sampai pada harimu, tentu aku akan menolongmu dengan sungguh-sungguh,” jawabnya.

Waraqah tidak sempat terlibat dalam aktifitas dakwah Nabi, karena keburu meninggal dunia dan tidak sempat mendengarkan ajaran wahyu yang diturunkan pada Muhammad SAW.

4. Isteri Yang Dicemburui 'Aisyah

Rasulullah dan Khadijah tetap berdiam di Makkah dan melakukan shalat secara rahasia dengan kehendak Allah.

Khadijah memang sangat dicintai dan dihormati oleh Rasulullah.

Beliau juga tidak pernah berselisih dengan apa yang dikatakanKhadijah pada beliau, terutama pada saat sebelum wahyu turun.

Bahkan walau Khadijahtelah tiada, Rasulullah selalu menyebut-nyebutnya dalam setiap kesempatan, dan tidak bosan-bosan memujinya.

Sehingga Aisyah, Ummul Mukminin, merasa cemburu.

Sampai suatu saat, Aisyah berkata pada Rasulullah, “Allah telah mengganti wanita tua itu.” Tentu saja Rasulullah tersinggung dengan ucapan Aisyah ini, hingga ia berkata pada dirinya, “Ya Allah, hilangkanlah perasaan marah Rasulullah terhadapku dan aku berjanji untuk tidak lagi menjelek-jelekkan Khadijah.” 

Aisyah pernah berkata, “Aku tidak pernah cemburu kepada istri-isrti Rasulullah kecuali pada Khadijah.

Walaupun aku tidak pernah melihatnya, akan tetapi Rasulullah sering menyebutnya setiap saat.

Ketika beliau memotong kambing, tak lupa beliau sisihkan dari sebagian daging tersebut untuk kerabat-kerabat Khadijah.

Ketika aku katakan, seakan-akan tidak ada wanita di dunia ini selain Khadijah.

Beliau berkata, sesungguhnya dia telah tiada dan dari rahimnya aku dapat keturunan.”

Aisyah berkata, “Dulu Rasulullah saw. setiap keluar rumah, hampir selalu menyebut Khadijahdan memujinya.

Pernah suatu hari beliau menyebutnya sehingga aku merasa cemburu. Aku berkata, ‘Apakah tiada orang lagi selain wanita tua itu.

Bukankah Allah telah menggantikannya dengan yang lebih baik?’ Lalu, Rasulullah marah hingga bergetar rambut depannya karena amarah dan berkata, ‘Tidak, demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik darinya.

Dia percaya padaku di saat semua orang ingkar, dan membenarkanku di kala orang-orang mendustakanku, menghiburku dengan hartanya ketika manusia telah mengharamkan harta untukku.

Dan Allah telah mengaruniaiku dari rahimnya beberapa anak di saat istri-istriku tidak membuahkan keturunan.’

Kemudian Aisyah berkata, ‘Aku bergumam pada diriku bahwa aku tidak akan menjelek-jelekannya lagi selamanya.”

5. Khadijah Meninggal Dunia

Khadijah, seorang tangan kanan Rasulullah yang senantiasa membantu beliau dalam menjalankan dakwah dan menyebarkan ajaran-ajarannya, meninggal pada tahun ke-3 sebelum Hijrah di kota Makkah pada usia 65 tahun.

Di saat ajal menjemputnya, Rasulullah menghampiri Khadijahsembari berkata, “Engkau pasti tidak menyukai apa yang aku lihat saat ini, sedangkan Allah telah menjadikan dalam sesuatu yang tidak engkau kehendaki itu sebagai kebaikan.” 

Saat pemakamannya, Rasulullah turun ke liang lahat dan dengan tangannya sendiri memasukkan jenazah Khadijah.

Wafatnya Khadijah merupakan musibah besar, di mana setelahnya diikuti berbagai musibah dan peristiwa yang datangnya secara beruntun.

Rasulullah SAW memikul beban dengan penuh ketabahan dan kesabaran demi mencapai ridha Allah SWT.
Sebarkan !!! insyaallah bermanfaat.

                      ﺳُﺒْﺤَﺎﻧَﻚَ ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻭَﺑِﺤَﻤْﺪِﻙَ ﺃَﺷْﻬَﺪُ ﺃَﻥْ ﻻَ ﺇِﻟﻪَ ﺇِﻻَّ ﺃَﻧْﺖَ ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُﻙَ ﻭَﺃَﺗُﻮْﺏُ ﺇِﻟَﻴْﻚ            

“Maha suci Engkau ya Allah, dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku mohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.”

Kisah Siti Zulaikha


Jodoh tak akan kemana, mungkin istilah ini sudah tak asing lagi bagi kita semua. Jika kita melihat keluar, sangat banyak sekali orang yang sudah saling mencintai (baca : pacaran ) dalam jangka waktu yang lama namun pada akhirnya gagal menikah padahal sudah saling berjanji, saling membangun komitmen dan orang tuapun sudah saling kenal. Namun disisi lain tak sedikit juga yang awalnya tidak saling mengenal namun Allah pertemukan dalam ikatan suci pernikahan, ya mereka berjodoh.

Jodoh tak akan kemana, kalau memang bukan jodohnya apapun dan bagaimanapun mengusahakannya Allah selalu punya cara yang indah untuk tidak mempertemukannya. Begitu pula sebaliknya, jika memang sudah berjodoh bagaimanapun jauhnya jarak, tak mengenal sekalipun Allah juga selalu punya cara yang indah untuk mempertemukannya.

Jodoh tak akan kemana, ada kisah menarik yang diabadikan dalam Al-quran yaitu dari kisah Nabi Yusuf AS. Kita akan memetik hikmah dari satu episode kehidupan Nabiyullah Yusuf AS ini yaitu kehidupan percintaannya.

****

Saat ketaatan pada Allah selalu menjadi landasan dalam mencinta

“Dan wanita (zulaikha) yang yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata ‘Marilah kesini, ‘Yusuf berkata, ‘Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik, Sesungguhnya orang – orang zalim tiada akan beruntung.” (Q.S : Yusuf : 30)

Yusuf AS, adalah seorang pemuda yang dikenal sejarah sebagai laki-laki yang sangat tampan hingga ketampanannya ini begitu mempesona banyak wanita salah satunya adalah istri majikannya yang lebih dikenal dengan nama Zulaikha. Para ulama tafsir menyebutkan usia Yusuf AS saat tinggal di istana berkisar antara 20 – 25 tahun.

Jika ditilik dari usianya kita bisa bayangkan anak muda dengan usianya ini tentu saat-saatnya syahwat bergejolak tinggi, terlebih lagi ia hadir di negeri asing dimana statusnya disana hanya sebagai seorang budak yang diperjual belikan, status terendah dalam strata masyarakat kala itu.

Ibnu Taimiyah mengungkapkan,“Orang asing itu sulit menghindarkan diri dari perbuatan jahat” , namun ternyata tidak dengan Nabiyullah Yusuf AS, Yusuf AS mampu menolak ajakan dari zulaikha meskipun tak ada siapa-siapa di istana hanya mereka berdua serta semua pintu-pintupun sudah ditutup oleh Zulaikha, ia mampu mencegah dirinya dari ajakan maksiat dari zulaikha yang kala itu juga sangat cantik dan menarik. Saat itu Yusuf berkata “Aku berlindung kepada Allah”, dan Allahpun menjaga dirinya dari kemaksiatan, ia lolos dari ujian iman tersebut.

Cinta itu tentang pilihan, dan Yusuf AS memilih ketaatan kepada Allah SWT, ia menerima resiko atas penolakan terhadap majikannya tersebut yang dalam singkat cerita pada akhirnya Yusuf di penjara.

Jodoh tak akan kemana, Allah punya cara yang indah untuk mempertemukannya kembali

Setelah beberapa waktu Yusuf AS menjalani hukumannya di penjara, tibalah saatnya ia dibebaskan banyak kisah menarik disini bermula dari menafsirkan mimpi hingga akhirnya dipercaya menjadi bendaharawan negara dan pada akhirnya menjadi raja menggantikan suami Zulaikha ketika ia telah meninggal dunia.

Saat inilah Yusuf dan Zulaikhapun bertemu dan akhirnya menikah. Memang kisah pernikahan antara Yusuf AS dan Zulaikha ini tak dimuat dalam Al-qur’an termasuk juga dengan nama wanitanya sebagai Zulaikha juga tidak disebutkan dalam Al-quran. Namun melalui Ulama tafsir salah satunya adalah Imam ath-Thabari meriwayatkan dari Muhammad bin Ishaq mencatatkan ada dialog romantis antara Yusuf AS dan Zulaikha tatkala mereka telah menikah.

“Bukankah kesempatan seperti ini lebih baik dan terhormat daripada pertemuan kita dahulu ketika engkau menggebu-gebu melampiaskan hasratmu”.

Lalu Ra’il menjawab dengan jawaban diplomatis dan romantis,

“Wahai orang yang terpercaya, janganlah engkau memojokkanku dengan ucapanmu itu, ketika kita bertemu dulu jujur dan akuilah bahwa di matamu akupun cantik dan mempesona, hidup mapan dengan gelar kerajaan dan segalanya aku punya, namun ketika itu aku tersiksa karena suamiku tidak mau menjamah perempuan manapun termasuk aku, lantas akupun mengakui dengan sepenuh hatiku akan karunia Allah yang diberikan atas ketampanan dan keperkasaan dirimu.”

Nabi Yusuf mendapatkan bahwa Ra’il (Zulaikha) masih perawan. Mereka menikah dan dikaruniai dua orang anak laki laki, Afra’im (Efraim) dan Misya (Manasye). Sebab ia tak pernah di jamaah oleh Al-Aziz suaminya semenjak ia menikah.

***

Jodoh tak akan kemana, kalau memang sudah Allah catatkan berjodoh yakinlah suatu saat cepat atau lambat Allah akan pertemukan dengan caranya.

Penting pemahaman ini menjadi renungan untuk kita bersama terlebih bagi mereka yang masih sendiri dan dalam masa-masa menanti, kita bisa saksikan entah berapa banyak laki-laki dan wanita yang mengorbankan ketaatannya pada Allah SWT dengan alasan cinta, takut kehilangan jodohnya, takut jodohnya diambil orang dan seabrek alasan klise lainnya.

Yusuf AS mengajarkan kita bagaimana semestinya dalam mencintai, tak ada larangan kita mencintai manusia dan lawan jenis akan tetapi perlu diingat jangan sampai cinta kita pada lawan jenis menodai ketaatan kita pada Allah SWT, selalu jadikan Allah yang pertama dan Allah yang utama InsyaAllah disana kita akan bersua dengan bahagia.

Rabu, 14 Jun 2017

7 Keistimewaan Lailatul Qadar

7 Keistimewaan Lailatul Qadar
ﺑِﺴۡـــــــــﻢِ ﭐﻟﻠﻪِ ﭐﻟﺮَّﺣۡـﻤَـٰﻦِ ﭐﻟﺮَّﺣِـــــــﻴﻢِ
ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﻣُﺤَﻤَّﺪ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ
.
Setiap umat Islam pasti teringin bertemu ‘Lailatul Qadar’ iaitu malam penuh rahmat dan kemuliaan. Malam yang mempunyai 7 keistimewaan ini begitu utama dari malam-malam yang lain kerana ia hanya boleh ditemui setahun sekali sahaja iaitu pada salah satu daripada 10 malam terakhir Ramadhan .
Perkara itu dijelaskan dalam firman Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ :
ﺇِﻧَّﺎ ﺃَﻧﺰَﻟْﻨَﺎﻩُ ﻓِﻲ ﻟَﻴْﻠَﺔِ ﺍﻟْﻘَﺪْﺭِ ﴿١﴾ ﻭَﻣَﺎ ﺃَﺩْﺭَﺍﻙَ ﻣَﺎ ﻟَﻴْﻠَﺔُ ﺍﻟْﻘَﺪْﺭِ ﴿٢
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Al-Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?”
(Surah Al-Qadar; Ayat 1 – 2)
.
.
7 Keistimewaan Lailatul Qadar tersebut adalah:~
.
1. Waktu Diturunkan Al-Quran
.
Lailatul Qadar menunjukkan keistimewaan kerana pada malam inilah Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ menurunkan kitab suci utama iaitu Al-Quranul Karim.
.
Ibnu ‘Abbas dan selainnya mengatakan, “Allah menurunkan Al-Quran secara keseluruhan sekaligus dari Lauhul Mahfuzh ke Baitul’ Izzah yang ada di langit dunia. Kemudian Allah menurunkan Al-Quran kepada Rasulullah ﷺ tersebut secara beransur-ansur sesuai dengan peristiwa dan kejadian yang berlaku sepanjang 23 tahun.”
.
.
2. Lebih Baik Dari 1000 Bulan
.
Keutamaan Lailatul Qadar sungguh luar biasa kerana malam ini lebih baik dari 1000 bulan dan bersamaan dengan 83 tahun.
Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ berfirman;
ﻟَﻴْﻠَﺔُ ﺍﻟْﻘَﺪْﺭِ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِﻦْ ﺃَﻟْﻒِ ﺷَﻬْﺮٍ
“Malam Lailatul-Qadar (Malam Kemuliaan) itu lebih baik dari seribu bulan.”
(Surah Al-Qadar; Ayat 3)
.
An Nakha’I dalam ‘Latha-if Al Ma’arif’ menyatakan,
“Amalan di lailatul qadar lebih baik dari amalan di 1000 bulan.” Mujahid, Qotadah dan ulama lainnya berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan lebih baik dari seribu bulan adalah solat dan amalan pada lailatul qadar lebih baik dari solat dan puasa di 1000 bulan yang tidak terdapat lailatul qadar. (Zaadul Masiir).
.
.
3. Malam Penuh Keberkatan
.
Lailatul Qadar adalah malam yang penuh keberkatan berdasarkan firman Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ ,
ﺇِﻧَّﺎ ﺃَﻧْﺰَﻟْﻨَﺎﻩُ ﻓِﻲ ﻟَﻴْﻠَﺔٍ ﻣُﺒَﺎﺭَﻛَﺔٍ ﺇِﻧَّﺎ ﻛُﻨَّﺎ ﻣُﻨْﺬِﺭِﻳﻦَ
“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.”
(Surah Ad Dukhan; Ayat 3)
.
‘Malam penuh berkat’ ini adalah malam ‘Lailatul Qadar’ dan ini juga menunjukkan keistimewaan malam tersebut. Ramai malaikat yang akan turun pada Lailatul Qadar kerana banyaknya keberkatan pada malam tersebut dan turunnya malaikat menandakan melimpahnya berkat dan rahmat.
.
.
4. Turunnya Jibril Dan Para Malaikat
.
Keistimewaan Lailatul Qadar diiringi juga dengan turunnya para malaikat yang diketuai oleh ‘Ar Ruuh’ iaitu malaikat Jibril pada malam al-Qadr dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan seikhlas hati.
Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ berfirman,
ﺗَﻨَﺰَّﻝُ ﺍﻟْﻤَﻠَﺎﺋِﻜَﺔُ ﻭَﺍﻟﺮُّﻭﺡُ ﻓِﻴﻬَﺎ ﺑِﺈِﺫْﻥِ ﺭَﺑِّﻬِﻢ
“Pada Malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka.”
(Surah Al-Qadar; Ayat 4)
.
Keistimewaan ‘Ar Ruuh’ atau Malaikat Jibril yang disebut dalam ayat di atas adalah bagi menunjukkan kemuliaan (keutamaan) malaikat tersebut.
Sebagaimana malaikat turun ketika ada yang membacakan Al-Quran, mereka juga akan mengelilingi orang-orang yang berada dalam majlis zikir dan majlis ilmu. Para malaikat akan meletakkan sayap-sayap mereka pada penuntut ilmu kerana malaikat sangat mengagungkan mereka. (Tafsir Al-Quran Al ‘Azhim, 14: 407)
.
.
5. Malam Kesejahteraan
.
Lailatul Qadar disifatkan sebagai keutamaan luar biasa dan kesejahteraan kerana pada malam itu malaikat turun untuk mengucapkan “Salam Sejahtera” kepada seluruh penduduk bumi.
Firman Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ ;
ﺳَﻠَﺎﻡٌ ﻫِﻲَ ﺣَﺘَّﻰ ﻣَﻄْﻠَﻊِ ﺍﻟْﻔَﺠْﺮ
“Sejahteralah Malam (yang penuh berkat) itu hingga terbit fajar!”
(Surah Al-Qadar; Ayat 5)
.
Mujahid menyatakan, “Malam tersebut penuh keselamatan di mana syaitan tidak dapat berbuat apa-apa di malam tersebut, baik berbuat buruk atau mengganggu yang lain.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim). Juga boleh membawa makna bahawa malam tersebut, banyak yang terselamat dari hukuman dan seksaan kerana mereka melakukan ketaatan pada Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ (pada malam tersebut).
.
.
6. Dicatatkan Takdir Tahunan
.
Lailatul Qadar adalah malam penulisan dan dicatatkan takdir tahunan. Imam Nawawi rahimahullah dalam ‘Syarh Muslim’ bahawa catatan takdir tahunan tersebut tentu saja didahului oleh ilmu dan penulisan Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ . Takdir ini nantinya akan diperlihatkan kepada malaikat dan ia akan mengetahui yang akan terjadi dan mereka akan melaksanakan tugas yang diperintahkan untuknya.
.
Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ berfirman,
ﻓِﻴﻬَﺎ ﻳُﻔْﺮَﻕُ ﻛُﻞُّ ﺃَﻣْﺮٍ ﺣَﻜِﻴﻢٍ
“Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah”
(Surah Ad Dukhan ; Ayat 4)
.
Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya menerangkan bahawa pada Lailatul Qadar akan diperhalusi di Lauhul Mahfuzh mengenai penulisan takdir dalam setahun, juga akan dicatat ajal maut dan rezeki. Dan turut juga akan dicatat segala sesuatu hingga akhir dalam setahun. Demikian juga diriwayatkan oleh Ibnu ‘Umar, Abu Malik, Mujahid, Adh Dhahhak dan ulama salaf lainnya.
.
Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ berfirman,
ﻳَﻤْﺤُﻮﺍ۟ ﭐﻟﻠَّﻪُ ﻣَﺎ ﻳَﺸَﺂﺀُ ﻭَﻳُﺜْﺒِﺖُ ۖ ﻭَﻋِﻨﺪَﻩُۥٓ ﺃُﻡُّ ﭐﻟْﻜِﺘَٰﺐِ
“Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Umulkitab (Lohmahfuz).”
(Surah Ar Ra’d; Ayat 39)
.
.
7. Dosa Diampunkan
.
Dosa setiap orang yang menghidupkan malam
‘Lailatul Qadar’ akan diampunkan oleh Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ .
Dari Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda,
ﻣَﻦْ ﻗَﺎﻡَ ﻟَﻴْﻠَﺔَ ﺍﻟْﻘَﺪْﺭِ ﺇِﻳﻤَﺎﻧًﺎ ﻭَﺍﺣْﺘِﺴَﺎﺑًﺎ ﻏُﻔِﺮَ ﻟَﻪُ ﻣَﺎ ﺗَﻘَﺪَّﻡَ ﻣِﻦْ ﺫَﻧْﺒِﻪِ
“Sesiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan.”
(Hadis Riwayat Bukhari r.a.)
.
Ibnu Hajar Al Asqalani mengatakan bahawa yang dimaksudkan ‘iimaanan’ (kerana iman) adalah membenarkan janji Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ iaitu pahala yang diberikan kepada orang yang menghidupkan malam tersebut. Manakala ‘ihtisaaban’ bermakna mengharap pahala dari sisi Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ , bukan kerana mengharap selainnya seperti berbuat riyak. (Fathul Bari)
.
.
‘Lailatul Qadar’ juga dikenali dengan nama ‘Lailatul Syaraf’ bermaksud malam kemuliaan atau ‘Lailatul Tajalli’ yang bermakna malam Allah ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﻰ melimpahkan cahaya dan hidayahNya kepada orang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.
Orang yang beribadah sepanjang tahun tentu lebih cerah dan mudah mendapatkan 7 keistimewaan dan kemuliaan malam tersebut kerana ibadahnya bersifat kekal, tetap, ikhlas dan konsisten berbanding dengan orang yang beribadah jarang-jarang.
“Ya Allah! Mudahkanlah bagi kami meraih keistimewaan Lailatul Qadar di hari-hari terakhir bulan Ramadhan tahun ini dengan kami berupaya mengisinya dengan seikhlas hati bersolat, berzikir dan beramal soleh tanpa rasa mengantuk.”
Aaminnn Yaa Rabbal Alamin…
.
.
ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺃﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮﺍﺏ
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Jumaat, 19 Mei 2017

Biodata Kumpulan Atmostfera

Biodata Hezron Atmosfera dan Hazrenol

Atmosfera |Sejak lagu “Berakhirlah Sudah” mengungguli carta-carta radio popular Malaysia, ramai yang tertanya-tanya siapakah penyanyi lagu tersebut.

Ramai yang beranggapan bahawa lagu tersebut adalah dari negara jiran, Indonesia berikutan lenggok lagu seakan-akan band dari sana.

Tapi tahukah anda ahli kumpulan Atmosfera sebenarnya berasal dari Sabah.
Ia dianggotai oleh adik-beradik iaitu Hezron dan Hazrenol.


Sejak lagu Berakhirlah Sudah popular, jadual seni kumpulan duo adik-beradik, Atmosfera semakin padat.

Tiada lagi istilah bersenang-lenang buat mereka kerana apa yang penting sekarang ialah untuk terus meraih perhatian ramai.

Disebabkan itu, Hezron, 25, dan Hazrenol Rayner, 23, tidak kisah untuk berulang-alik dari Keningau, Sabah ke Kuala Lumpur.

Sejak bernaung di bawah label Rusa Music, aktiviti promosi mereka tidak pernah berhenti.

Bagaimanapun, siapa tahu gejolak hati dua beradik ini yang terpaksa meninggalkan keluarga di kampung demi mengejar cita-cita dalam bidang muzik.

Bagaimanapun, bagi mereka situasi itu tidaklah menyukarkan.

“Itulah cabaran yang perlu ditempuh sekarang. Lagipun, ini semua untuk kelangsungan karier seni kami dalam arus muzik perdana dan peluang yang terbentang tidak harus dilepaskan.

“Kami pun sudah terfikir untuk membawa keluarga menetap ke sini jika sudah stabil nanti. Kami sedia untuk memberikan sepenuh fokus kepada kerjaya seni di Kuala Lumpur,” kata Hezron.

Mereka bersyukur apabila lagu Berakhirlah Sudah diminati ramai termasuk ditonton lebih tiga juta pelayar Internet sejak dimuat naik di YouTube kira-kira lima bulan lalu.

Jadi, mereka perlu menggandakan usaha apatah lagi peluang itu sudah ditunggu lama sejak Atmosfera ditubuhkan pada 2012.

“Dapat memasuki arus muzik perdana membawa makna yang sangat besar buat kami. Ia satu petanda perjuangan muzik kami selama ini tidak sia-sia dan berbaloi.

“Permulaan kerjaya kami pun bukannya terus indah. Kami perlu menapak perlahan-lahan tapi pada masa sama mencari pelbagai ruang untuk mempromosikan muzik kami walaupun banyak yang berakhir dengan kekecewaan.

“Pada 2014, kami pernah menghantar lagu ke stesen radio di Kuala Lumpur. Lama menunggu, tiada maklum balas langsung daripada mereka dan kami reda sajalah. Tidak rugi pun kalau mencuba, kan?” katanya.

Tugas makin berat
Jika sebelum ini Atmosfera hanya menghasilkan lagu secara suka-suka, namun kini mereka sedar perlu lebih serius.

Lagu Berakhirlah Sudah menjadi penanda aras kepada karya mereka selepas ini.

Bercerita mengenai perancangan terbaru, duo itu ada strategi sendiri bagaimana untuk terus menjaga momentum karier mereka.

“Lagu sememangnya sangat memainkan peranan penting buat penyanyi. Walaupun single pertama Demi Si Kici tidak kurang sambutannya, ternyata ramai lebih terkesan dengan lagu Berakhirlah Sudah yang berentak balada.

“Kami sebenarnya bukan penyanyi balada tetapi lebih ke arah muzik pop rock. 

Bagaimanapun, pasaran sekarang jelas lebih berpihak kepada lagu balada dan ramai pendengar muda sukakan muzik sebegitu.

“Jadi, kami sendiri mahu terus menghasilkan karya sebegitu. Hakikatnya, kami sudah ada enam lagu dalam simpanan.

“Kami akan perhatikan bagaimana corak pasaran pula selepas ini. Barulah kami pilih single mana yang paling sesuai untuk diketengahkan pula sebagai single ketiga nanti,” kata mereka.

●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●●

Lirik Lagu Berakhirlah Sudah - Atmosfera

Berakhirlah sudah
Kisah kita dalam percintaan
Yang menyakitkan
Pengorbanan ku selama ini
Hanya sia-sia

Cinta ku pada mu
Begitu dalam, di lubuk hati ku
Benar sungguh-sungguh
Namun semua hancur
Dengan permainan dan sandiwara mu

Hari-hari ku sepi selalu
Bila terkenangkan saat bersama mu
Tapi itu semua tak akan kembali
Selama-lamanya...

Korus

Bila malam tiba di dalam tidurku
Wajah ayu mu menghias mimipi ku
Namun itu semua hanya menyakiti kan
Hati ini...hu...oo...

Satu hari nanti bila kau bertemu
Dengan seorang kekasih baru mu
Janganlah sekali sakiti hatinya
Seperti diri ku

Kini tiada lagi tinggal kenangan
Saat bersama mu akan ku rindui
Air mata ku mengalir di pipi
Aku menangis

Sabtu, 6 Mei 2017

Bukan Senang Nak Senang, Bukan Susah Nak Susah

Bukan Senang Nak Senang, Bukan Susah Nak Susah

■Perkataan ni memang dah biasa dengar dah. Bunyi dia pon biasa-biasa sahaja, tetapi bagi orang biasa lah.
Orang yang luar biasa akan pandang serius ayat ni.
Tapi aku tak kata aku orang luar biasa. Hari ini aku nak share sikit pengalaman aku selama beberapa ‘hari’ menjadi freelancer a.k.a ‘full time blogger’.

Aku lebih suka gunakan freelancer berbanding full time blogger sebab kerja aku bukan berasaskan blog semata-mata.
Banyak kerja aku buat.
Tak dinafikan, selepas jadi freelancer ni aku bertambah sibuk, sibuk buat itu, sibuk buat ini. Kalau selalu nampak aku di facebook bukan bermakna aku sokmo free, asik melepak, bersosial di FB je.

Aku ada perancangan, aku ada agenda, ada strategi, ada benda yang aku buat untuk jangka masa panjang.

Sibuk aku sampai masa makan, masa tidur pon tak terjaga pada awalnya, tapi sekarang Alhamdulillah makin teratur. Aku tegah nak siapkan jadual harian aku supaya kerja aku lebih formal dan masa aku lebih dimanfaatkan.

Ini pengalaman aku.
Pada awalnya sebelum aku declare menjadi freelancer banyak perkara aku fikir, sangat banyak.
Antaranya penerimaan keluarga, mampukah aku?, macam mana life aku selepas tu dan banyak lagi. Sebenarnya itu semua adalah alasan.

Muktamat! Aku buat keputusan nak berhenti kerja.
Sebelum ni aku bekerja di club2 malam, 8 tahun aku dalam dunia kelawar malam. Jawatan aku masa tu sebagai bonzer.

Memang perit kerja ni, tambahan pula dengan
environment yang…err tak dapat aku nak bayangkan. Kerja gila orang panggil.

Mcm2 karenah manusia aku dah jumpa.

Elak dirogol, gadis nekad terjun dari kereta hingga patah kaki

10 Januari 2017

Miri: Remaja perempuan patah kaki kiri selepas melompat dari kereta yang bergerak bagi mengelak dirogol rakan lelakinya di Kuala Baram di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 10.30 malam itu, mangsa berusia 16 tahun bersama dua lelaki menaiki kereta ke arah Batu 1, Kuala Baram sebelum seorang daripada suspek cuba merogol mangsa.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, mangsa yang ketakutan kemudiannya melompat dari kereta berkenaan bagi menyelamatkan diri.

Menurutnya, tindakan itu mengakibatkan mangsa patah kaki kiri selain kecederaan pada kedua-dua tangan.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Miri oleh kedua-dua suspek untuk dirawat sebelum suspek melarikan diri.

“Polis masih berusaha mengesan kedua-dua suspek,”

Khamis, 27 April 2017

Dadah Syabu [ice]

ALOR SETAR: Tidak boleh tidur dan tingkah laku aktif terutama pada sebelah malam adalah antara perlakuan “pelik” penagih syabu yang patut diberi perhatian oleh ibu bapa.
Ini adalah untuk memastikan anak mereka tidak terlibat dengan pengambilan dadah tersebut.
Syabu atau nama saintifiknya “dMethamphetamine hydrochloride” adalah sejenis dadah tiruan. Ia juga dikenali dengan nama “ice” atau “crack meth”.

“Mereka yang menghisap syabu tidak boleh tidur dan boleh melakukan aktiviti jenayah seperti pecah rumah dan mencuri

“Ada yang terlibat dengan aktiviti kongsi gelap dan jenayah kekerasan sehingga sanggup membunuh dan merogol akibat kesan halusinasi yang tinggi,” demikian kata Mohd Nazir Mustaffa, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Malaysia.

Beliau menambah dadah syabu juga boleh memberi kesan buruk kepada pelajar sekolah.

Menurut beliau, prestasi pelajar yang menagih dadah syabu akan tiba-tiba merudum kerana mereka akan sentiasa ponteng kelas dan malas belajar.

“Sebab itu kita di pihak AADK terus membanteras aktiviti berkaitan dadah terutama di 12 daerah yang dikategorikan hitam dan kelabu di negeri ini supaya ia tidak terus menular dan menjadi “barah”.
“Kita juga akan lebih kerap turun padang berkempen serta mengadakan program kesedaran dengan Jabatan Pendidikan Negeri dan daerah untuk menerangkan bahaya dadah kepada pelajar supaya mereka tidak terlibat dengan dadah,” katanya.

Isu bersama
Dalam memastikan isu dadah ini dapat dikekang dari terus merebak, Nazir meminta ibu bapa serta masyarakat setempat menjadikan dadah sebagai isu bersama.

Beliau berkata, meskipun pihak AADK dan Polis Diraja Malaysia (PDM) sentiasa memantau masalah dadah ini, namun penglibatan masyarakat dalam membasmi aktiviti
dadah ini adalah lebih penting.

Ini kerana, katanya, mereka lebih tahu akan keadaan persekitaran dan kawasan kediaman masing-masing.

Nazir turut menggesa ibu bapa yang mempunyai anak yang terlibat dengan penagihan dadah supaya menghantar anak mereka ke Pusat Pemulihan kelolaa AADK di Karangan, Kulim atau pusat pemulihan swasta supaya anak-anak ini yang terlibat dapat dipulihkan semula.

“Ibu bapa yang sayangkan anak mereka mesti memberi peluang kedua kepada anak itu dan tidak membiarkan dirinya begitu sahaja kerana kita menyediakan pusat pemulihan supaya mereka dapat dibantu dan dipulihkan,” tambahnya.

Menurut beliau, pengambilan dadah syabu secara berterusan bukan sahaja boleh mengundang kesan tidak baik kepada remaja termasuk pelajar tetapi menjadi salah satu punca kepada keretakan rumahtangga dan perceraian.

Jelasnya, bagi tempoh Januari hingga Disember 2016 sahaja, Kedah mencatatkan 6,442 kes penyalahgunaan dadah.

Lebih 50 peratus daripada kes tersebut melibatkan penagih berumur 20 hingga 31 tahun ke atas yang menggunakan dadah jenis syabu.

Mohd Nazir berkata, jumlah kes itu menunjukkan peningkatan berbanding 5,411 kes bagi tempoh Januari hingga Disember 2015.

Mengulas lebih lanjut kes pelajar sekolah yang terlibat dengan dadah syabu, beliau berkata keadaan semakin membimbangkan apabila ujian air kencing yang dibuat di sekolah-sekolah bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lalu mendapati lebih 350 kes pelajar positif syabu.

Perlu rawatan
Sementara itu, Pakar Perunding Psikiatri & Psikologi, Kedah Medical Centre (KMC), Dr Wan Mohd Rushdi Wan Mahmud ketika dihubungi berkata, mereka yang ketagih syabu akan terus bergantung kepada dadah jenis itu jika tiada rawatan pemulihan dilakukan dengan segera.

“Syabu ini bukan dorongan kesan ketagihan seperti heroin.
Yang mendorong individu itu untuk terus mengambil syabu kerana menganggap diri mereka tidak kuat, lemah, longlai dan tidak bersemangat, malah akan tidur jika tidak mengambil syabu,” katanya.

Jelas beliau, pengambilan secara berlebihan dan berpanjangan boleh mengundang bisikan dan bayangan sehingga mereka terangsang untuk bertindak kejam kepada anak sendiri atau ahli keluarga lain.

Cepat dapat rawatan
Dr Wan Mohd Rushdi juga berkata penagih syabu boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu kerana dadah itu memberi rangsangan kepada kekuatan, semangat dan keseronokan.
“Sebab itu ia dadah yang semakin popular dalam kalangan penagih ketika ini,” tambahnya.

Beliau menasihati ibu bapa supaya segera membawa anak yang terlibat dengan dadah syabu untuk mendapatkan rawatan kerana jika dibiarkan berlarutan, ketagihan sukar dikawal dan ditinggalkan.

“Morfin dan heroin ada ubat untuk berhenti tetapi syabu tiada pengganti atau ubat untuk membolehkan penagihnya berhenti dari tabiat buruk itu melainkan datang mendapatkan rawatan awal sebaik sahaja dikesan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya tidak memandang ringan jika ada anak mereka yang minum air ketom dan merokok kerana ia permulaan “laluan” kepada anak-anak mengenali syabu dan dadah lain.

“Mula-mula air ketom tetapi lama kelamaan mereka mencuba dadah pula. Jangan sekali-kali mula menghisap syabu kerana syabu susah untuk dirawat jika sudah lama terlibat,” katanya.

Katanya, pengambilan syabu tanpa had boleh menyebabkan seseorang menjadi kurus kering disebabkan tidak lalu makan dan minum.

“Ada kes yang boleh menyebabkan kematian apabila degupan jantung terlalu kuat,” tegasnya.

Selasa, 11 April 2017

Cross Dj PRO 3.2.2 [free] apk

1st pro app DJ pada Android, dimuat turun oleh berjuta-juta di seluruh dunia. Campurkan trek selari sempurna pada enjin audio yang kuat. Kejuruteraan & direka oleh Mixvibes, perintis DJ digital selama 15 tahun.

FULL VERSION, ALL FX INCLUDED - NO PEMBELIAN TAMBAHAN, NO POP-UPS

*** Oleh kerana sebab-sebab hak cipta, rakaman bercampur dengan trek yang dialirkan dari SoundCloud adalah tidak mungkin.

"Sekeping Cool kerja" - DJ Mag
"Satu aplikasi yang mengagumkan" - The Guardian
"Mencabar tanggapan kita tentang apa yang boleh dilakukan pada skrin sentuh" ​​- Police Android
"Kelihatan baik, hebat bunyi FX, enjin penyegerakan hebat, mod 'slip', gelung betul dan isyarat" - TechTools DJ

/// MIX DALAM PERFECT SYNC

• Pengesanan BPM Accurate muzik anda, turun ke perpuluhan terakhir
• Ableton Link: sync Cross DJ Pro dengan Remixlive, mana-mana aplikasi Link riba atau dengan Ableton streaming.
• Penyegerakan Stable: satu akhbar dan 2 trek tidak pernah keluar dari fasa
• Mod Quantize: isyarat panas & gelung ditetapkan secara automatik pada rentak
• Customizable, manual pelbagai padang (4 hingga 100%)
• Progressive, manual padang bend
• Paparan bentuk gelombang: gelombang selari untuk padang-lentur
• Tepat editing memukul-grid: membuat apa-apa sync landasan betul
• audio Split: pra-mendengar trek muzik anda sebelum mencampurkan mereka
• Automix: Cross DJ bercampur trek anda & bermain muzik secara automatik, dari mana-mana sumber (senarai main, album, dan lain-lain)

/// PRESTASI CEMERLANG AUDIO

• bunyi awal yang realistik - seperti pada turntables sebenar
• kependaman rendah: muzik bertindak balas serta-merta untuk tindakan anda
• Audio FX: Hi & rendah-Pass, Echo, Delay, Flanger, Chopper, Roll, Phaser, Brake & banyak lagi (In-App Payement)
• Gelung (16 hingga 1/32), gelung slip, 16 besar panas-isyarat pad
• Sampler: 72 sampel, disegerakkan kepada pemain utama (In-App Payement)
• Rakam & bermain sampel anda sendiri
• Merekodkan campuran anda & berkongsi kepada SoundCloud, mixcloud, Facebook & Twitter
• Mod Keylock: BPM perubahan tanpa menjejaskan nada
• Pengesanan Kunci: mengesan kunci lagu-lagu dan tahu yang menjejaki baik bunyi bersama-sama
• Autogain: secara automatik menyeimbangkan tahap 2 trek + Auto segerak
• mixer Luar: Persamaan kawalan dan crossfader dengan pembancuh perkakasan
• Disokong pengawal MIDI: Pioneer DDJ-SB & DDJ-WeGO2, U-Mix Kawalan 1 & 2, Kawalan U-Mix Pro 1 & 2, Gemini Mix2Go. kawalan MIDI kini serasi dengan Android M
• audio berbilang saluran pada peranti yang menjalankan Android Marshmallow

/// INTERFACE INTUITIVE

• Industri standard DJ persediaan: 2 dek, crossfader, Cue / Main / butang Sync
• 3-band pengadun dengan DJM EQ pratetap
• tab berasingan: sapu untuk memaparkan panel yang berbeza pada setiap sisi
• Campurkan SoundCloud: meneroka, bermain & campurkan semua SoundCloud
• melihat gelombang besar: calar & melihat muzik + menetapkan petunjuk tepat
• Susun perpustakaan muzik anda mengikut tajuk, artis, album, BPM atau panjang
• Main MP3, AAC, FLAC & lebih
• tab berasingan: sapu untuk memaparkan panel yang berbeza pada setiap sisi
• Navigasi oleh folder
• Mod Potret: pemain tunggal besar
• Tukar warna setiap dek seperti biru, oren, merah, kuning, hijau, ungu, merah jambu
• pad besar & kawalan
• Dioptimumkan untuk mudah alih dan tablet
• Dioptimumkan untuk pemproses Intel

konfigurasi minimum yang diperlukan:
• Android 4.1
• 4 "" skrin
• RAM: 1GB
• pemproses dwi-teras "

/// WATCH CROSS DJ PERSEMBAHAN

Campurkan dengan pembancuh luar: http://youtu.be/oZnSzX_UnkE
Perintis DDJ-SB: https://youtu.be/XRAao2CFfQc
Perintis DDJ-WeGO2: https://youtu.be/KRP_Cy3jQM4
kawalan MIDI: https://youtu.be/5ocke5GDg78
integrasi mixcloud: https://youtu.be/pzKrExmY2Po
Street DJ: https://youtu.be/q2nokB3qxPU
video pengguna: https://www.youtube.com/playlist?list=PLj1938JIqZA4VjrPLgvJtiLFyFIvwaw6H

/// MIXVIBES BERIKUT
YouTube: www.youtube.com/mixvibes
Twitter: https://twitter.com/mixvibes
Facebook: www.facebook.com/mixvibes

Semak Cross DJ untuk komputer riba: www.mixvibes.com/crossdjmacpc

Download kat sini👇👇👇👇

https://s01.solidfilesusercontent.com/OGJlOGQxNDZkZTQ2YmZiYTEyNDI5ZWZjMTg2OWFhZTkzM2U2ZTdjMzoxY3hvbTg6V0MxTVpoWFFJamczeDFvdzdRMkdaTHRSOF9N/Ak88eeGz2kVVX/Cross_DJ_Pro_3.1.2_Apkbox.in.apk

SIMCITY UNLIMITED MONEY

SIMCITY for android [apk] Unlimited Money

https://www4.tusfiles.net:443/d/mykvambptr2fvxijvpgirbydaw4kpzgy7w7byqygmsjfhel7eufin3puxs5l3bi3zb6oktcu/SIMCITY-MOD-APK-1.16.79.56852.apk

Cara install

Kalau dah install simcity..
Uninstall dulu yang lama..
Pastu off data @ wifi..

Download atau klik je kat link tulisan biru ni...

Install mcm biasa...
Jangan lupa hidupkan kebenaran pemasangan apk luar...

Dah siap install terus buka...
Nanti keluar warning..

You are currently playing offline. Mayor, your city has not been for 3 days. Please connect to the internet to continue.
●Retry
●Quit

Baru buka data...

Buka data dulu baru pilih ●retry

Done! Siap.....

Try main dalam 30 saat... pastu off data balik....

Sbb apk tu mmg untuk offline....

Kalau main jugak.... dia akan kluar warning....

" Hello, Mayor! Mayor, it seems that this city has corrupted data. Please install the game from an official Source Quit Tap on the blue thought bubbles and collect important Special Items"

sooooo selamat mencuba ☺

Ahad, 5 Februari 2017

NUSANTARA - PAILANG

Nusantara ~ PAILANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Minta maaf sebelumnya kerana saya ingin menjelaskan sedikit tentang saya serta tujuan tulisan-tulisan saya yang berkaitan dengan Nusantara. Demi Allah, tidaklah saya menulis semua ini kecuali saya didalam keadaan berpuasa putih dan berpuasa sunnat di siang harinya. Ini adalah syarat dan adat penuntut ilmu di Negeri Kedah dan di Tanah Jawa. Di tempat selainnya jika ada adat yang sama, minta maaf saya belum tahu.

Maka, Demi Allah saya menulis bukan kerana hawa nafsu saya. Sekiranya ada yang tidak percaya dengan orang yang didalam keadaan berpuasa putih itu tidak menuruti hawa nafsunya, silakan dicuba sendiri makan nasi dengan garam selama seminggu dan minum hanya air putih, Insya'-Allah, dia akan tahu sendiri.

Saya seorang perantau dan akan terus merantau untuk mengubati ketagihan saya pada ilmu. Jadi, saya tidak menulis untuk kepentingan peribadi saya atau untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Saya cuma ingin berkongsikan sekadar apa yang saya tahu, saya yakini dan insya'-Allah yang bermanfaat bagi saudara sesama Islam saya di Nusantara ini. Sekali lagi saya minta maaf kerana menjelaskan tentang saya, ini kerana seperti sebelumnya ada ramai yang membenci tulisan saya, memaki dan sebagainya. Jadi terpaksalah saya menyatakan hal ini. Minta maaf.

PAILANG.

Menurut guruku Ahmad Musthofa dari Tulungagung, Jawa Timur menyatakan definisinya; "Pailang itu kalau menurut bahasa jawa artinya Nasi Bungkus Khusus. Yang khusus hanya untuk orang yang khusus saja. Inti dan lauknya itu beda dengan yang lainnya, dan lebih istimewa."

Saya terpanggil untuk menulis ini kerana sekarang banyak disalah-ertikan dan disalah-gunakan oleh generasi yang sekarang yang banyak tidak tahu asal-usulnya. Memang 'pailang' ini ada kod untuk perjuang khusus Fisabilillah di Nusantara ini dulunya, di Tanah Jawi. Yang mengunakan panji Sang Saka atau panji Hijau-Kuning-Merah yang mana digunakan oleh saudara perjuang di Moro, Filipina sehingga kini.

Di panji Sang Saka yang berwarna merah dan putih, itu melambangkan keberanian dan kesucian. Bukti dan penjelasannya, lihat digambar beserta penjelasan ringkasnya. Cuma berbeza sedikit dengan Sang Saka di Tanah Melayu, panjinya ditambah dengan bulan dan bintang yang berwarna kuning keemasan yang bermaksud agama dan raja berdaulat.

Teruskan membaca dengan melihat gambar dan penjelasannya.

*untuk mengikuti tulisan saya yang akan datang yang menceritakan asal-usul 'pencak silat', pendekar dan jawapan kenapa silat gayung fatani atau gayung kedah atau silat pulut yang tidak mengunakan tari khusus dan buah rancang, sila tinggalkan komen. Insya'-Allah nanti saya akan 'tag' nama anda. Ini kerana ramai yang tidak suka dengan tulisan saya. Sekadar ilmu...